elo my frenz..

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 31 Julai 2009

jom bergelak ketawa.....hikhikhik

Masa Mamat balik dari Singapore menaiki keretapi,ade ler 3 orang yang duduk bersama.dua di depan dan satu kat sebelah. Yang kat depannya orang Amerika dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah Mamat plak orang Bangladesh.Dalam perjalanan tu,mereka berborak2 lah pasal negara sendiri.Borak punya borak,tiba-tiba si American nie pun keluarkan duit dolar lalu dibakarnya,dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi,lepas tu dibuangnyaduit itu keluar.Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat Salleh tu tadi.bertanya si orang Cuba tadi.
"Why do you do that for?". Dengan selamba mat salleh itu menjawab
"don't worry,I got a lot American Dollar in my country"

Tercenganglah masing-masing.Belum habis tercengang,orang Cuba pun tiba2 mengeluarkan sebatang curut(curut Cuba adalah antara yang termahal di dunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut,terus dia membuangnya keluar tingkap.
"Why do you do that for?" kata orang Amerika tadi.
"Don't worry,I got a lot cigar in my country"

Terkejutlah Mamat dibuatnya. Masa tu Mamat tengok orang Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat plak. masa dia tengah fikir,Mamat apa lagi,tangkap Bangla tu terus dicampak ke luar tingkap.Belum sempat dua orang bertanya,dengan selamba Mamat pun cakaplah..
"Don't worry,I got a lot Bangladeshis in my country..."

Jumaat, 24 Julai 2009

makanan time "rajin"....hehehe

malam tadi perut rasa lapar sangat..nak masak nasi,"rajin" sangat....aku bukak kabinet,aku terpandang stok mee segera aku yang berlambak tu....kawan aku pernah cakap,aku nak bukak kedai mee segera ke????hakhakhak

aku pun terfikir ar nak masak mee segera jek la....aku pun mula ar operasi memasak aku..potong sayur,sotong dan lada..tu jek yang ader kat peti harta karun aku hikhikhik...saja jek tak campur telur sebab kawan cakap dulu,telur nie boleh mengenyangkan lau campur lam mee..dah la malam,lau kenyang sangat nanti tak pat tido plak...


masak,masak,masak....akhirnya siap.....
emm...mee nie memang pedas giler..makanan kegemaran adik aku-dagek..

nie la mee kari aku...macam sedap jek hakhakhak puji diri sendiri plak...jom mamam.....

Isnin, 20 Julai 2009

jom makan buah!!!

hari jumaat hari tu aku gie rumah kawan aku kat segamat kecik..lama dah tak gie rumah dia..sampai jek kat sana,kawan aku bagi makan buah..emmm sedapnya makan buah mata kucing...

tengok ar...besar buah mata kucing nie..sedap isinya...tak terlalu manis dan tak terlalu tawar..makan satu raga pun tak cukup hehehehe..

Isnin, 13 Julai 2009

BULAN KELAHIRAN DAN PERSONALITI...

Boring2 dok rumah hari tu aku pun membaca ar majalah2 yang ada kat rumah tu.tetiba aku terbaca ar artikel mengenai bulan kelahiran dan personality diri nie.so,bleh la aku kongsi ngan korang sume…aku nak kongsi bulan mei jek......
MEI
*keras hati dan degil*kuat semangat dan bermotivasi tinggi*pemikiran yang tajam*mudah marah apabila tidak dikawal*pandai menarik hati orang*perasaan yang amat mendalam*tidak perlu dimotivasikan*tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain*mudah dipujuk*bersikap sistematik*suka berangan*kuat daya firasat,memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu*daya khayalan yang tinggi*pemikiran yang tajam*pandai berdebat*fizikal yang baik*kelemahan system pernafasan*suka pada sastera,seni dan muzik*rajin dan bersemangat tinggi*agak boros*

Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI ohhh PPSMI............

Hari nie aku gie makan kat kantin. aku order mee kari ngan neslo ais..peh...memang sedap giler ar..tengah sakit tekak minum ais hehe..


topik perbualan cikgu-cikgu kat sekolah aku hari tentang PPSMI...aku rasa sekolah lain pun mesti tengah hangat cerita pasal PPSMI kan...al maklum la...hari nie keputusannya akan kuar sama ada diteruskan atau tidak... semua sibuk cerita pasal nie..riuh jugak la kantin pasal topik hangat nie...

Selasa, 7 Julai 2009

rakan,teman dan sahabat....

Kalau saya jadi squidward,saya akan buli awak selalu,
Kalau saya jdi Mr Crab,saya akan kikis semua harta awak,
Jika saya jadi Patrick Star,saya akan selalu buat awak tensen,
Tapi saya taknak jadi Squidward,Mr Crab atau Patrick Star,
Kerana saya nak jadi Spongebob SQuarepants yang selalu setia dan sayang pada sahabatnya….

Don’t love a friend who hurts you,
Don’t hurt a friend who loves you,
Sacrifice everything for friend but
Don’t sacrifice a friend for anything.

Khamis, 2 Julai 2009

citer pasal operation aku ar....

bila la agaknya gigi aku nie nak sembuh. masih lagi terasa kesakitannya. masih lagi rasa kebas-kebas. seksa tol... lau aku tahu camtu hari tu, malas aku nak wat operation gigi.. tapi benda dah lepas, nak wat camner kan...

03 Mei 2009 AHAD

aku masuk wad Kenanga kat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada pukul 9.30 pagi. aku sampai-sampai jek dorang terus timbang berat dan ambik darah aku. sakit ar masa doktor tu ambik darah sebab tersalah cucuk darah tak kuar.

petang tu family aku datang. hanya adik aku yang temankan aku kat hospital tu. dia sanggup cuti sekolah semata-mata nak jaga aku. aku memang sayang giler ar kat adik aku nie... ...

malam tu nurse bagi aku makan ubat untuk operation esok. nurse pesan kat aku supaya puasa. pas telan ubat tu aku terus tido...tak sangka plak malam tu adik aku tak pat tido. biasa ar kat hospital...macam-macam ada.....

04 Mei 2009 Isnin

aku kena bangun awal sebab doktor cakap operation aku waktu pagi. aku kena salin baju,kena pakai baju untuk operation warna putih. sekali pakai macam orang........hehehe sementara tunggu nurse panggil ke bilik operation,sempat gak aku melelapkan mata. dalam kul 9 lebih,nurse2 pun datang untuk membawa aku ke bilik operation. dorang naikkan aku atas katil beroda pastu memang laju giler ar dorang bawak aku ke bilik operation. aku dibawa ke bilik pembedahan dan diberi ubat bius. pastu aku tak sedar ape2 dah.aku start dioperation kul 10 pagi dan berakhir kul 12 tengah hari. tapi memandangkan badan aku nie lemah ngan ubat bius tu,aku sedar semula dalam kul 2 petang. cian aku...orang yang operation selepas aku tu dah sedar tapi aku tak sedar.... sepanjang aku kena operation tu, cian adik aku...dia menangis dan mula rasa takut sebab orang yang dibedah pas aku dah kuar dari bilik operation tapi aku tak kuar2. dia mula telefon family suruh datang cepat."datang la cepat, kakak tak kuar2 lagi nie. kakak mati ke?" cian adik aku....bila aku dah sedar,aku dihantar semula ke wad Kenanga. setiap 10 minit nurse akan datang mengambil tekanan darah aku sebab lepas operate tekanan darah aku tak menentu...dah la aku asyik muntah-muntah jek pas operate tu..muntah darah jek..

05 Mei 2009 selasa

pagi tu doktor pakar datang cek aku. dia memaklumkan gigi aku sebelah kanan lambat sikit sembuh sebab masa operate tu gigi aku dekat ngat dengan urat saraf.jadi akan makan masa sikit nak sembuh.aku dibenarkan pulang selepas keadaan aku semakin ok sejak malam tadi. tapi aku masih tak boleh makan makanan yang keras. aku kena makan bubur(makanan yang paling aku tak suka).terima kasih buat semua warga Wad Kenanga HoSHAS di atas layanan baik anda semua.... pas aku kuar wad tu,aku rasa kesian kat adik aku. balik rumah pun dia termimpi-mimpi lagi.tiap malam dia asyik menangis-nangis je lam mimpi...cian adik aku....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...