Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 28 Disember 2011

~i'm sick T_T~


i'm sick...hukhukhuk
(eleh,ngada2..sakit pown nk citer kat blog ke??kikikiki...suka aty sy la,blog sy..lgpun blog nie tajuknyer "key-sah are-ku ke???", so suka aty sy lor nk citer kat cni pown hikhikhik)

sejak akhir2 neyh sakit tulang belakang sy kembali melanda..last sy kena sakit neyh ms tahun 2008..sakit giler siot..terutama masa tido,nak gerakan bdn ke kiri kanan mmg sakit..nak duduk lama sgt pown sakit...lau dulu hanya sakit tulang belakang jek tp skrg dh bertambah plak ngan sakit kat pinggang..kdg2 sakit pgang kiri,kdang2 sakit pgang kanan..xkan la apendix kot??xkan la skit buah pgang kowt???rasa nyer bukan la...(mesti sakit ngada2 neyh hakhakhak)

harap2 sakit saya tu sakit biasa2 jek..bia sakit ngada2 asalkan jgn sakit yg kronik..takut siot...

Selasa, 27 Disember 2011

~KeMbaLi ke seKoLaH~


masa untuk kembali ke sekolah...bangun2..g sekolah..adoyaiii..pagi td rs lemau jek nak bangun..yg pelik lau time cuti tu leh jek 'ter' bangun kul 6 lebih or kul 7 tanpa rs lemau..tp bl dh mula nak sekolah nie,rs lemau..jam dh bunyi leh lg matikan jap sambung tdo 5 minit lagi..adoyaiii...

Minggu nie dah mula kena g sekolah cam biasa wlaupun sesi persekolahan bermula minggu depan..minggu nie cam biasa la..persiapan utk mulakan sesi P&P thn depan, hari orientasi, mesyuarat n taklimat, kemas2 n hias2 kelas, sediakan BBM dan byk lagi la yg perlu disetelkan..

pd sume warga pendidik, selamat kembali ke sekolah...

Rabu, 21 Disember 2011

~Cinta~

Hargai Cinta Yang Datang Tanpa Di Cari.. Kerana Ia Satu Anugerah Kerana Cinta Itu sanggup Datang Untuk Menerima Kita Apa Adanya.. Tetapi.. Sekali kita Kehilangan Cinta Itu.. Menangis Darah Sekali pun Belum Tentu Ia Akan Kembali. Hargailah Peluang Yang Cuma Datang Sekali Atau Sendiri Yang Akan Menyesal DI Kemudian Hari.

Selasa, 20 Disember 2011

~Cadangan MRSM Khas Untuk Anak-Anak Orang Asli ~


KUALA KLAWANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bercadang mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas bagi pelajar Orang Asli.
Mengumumkan demikian, Timbalan Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, "Cadangan itu baik tapi ia memerlukan kajian yang lebih terperinci.
Kita terlebih dahulu akan mendapatkan maklum balas dan pandangan dari semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pelajaran dan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia". Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup program Mesra Didik Pelajar Orang Asli 2011 yang disertai 355 orang pelajar darjah 6 Orang Asli dari Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata jika perkara ini terlaksana, ia adalah seperti MRSM untuk anak-anak Felda; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita serius dalam perkara ini untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini," katanya.

Program empat hari itu merupakan bengkel bagi persediaan pelajar Orang Asli yang berada dalam darjah 6 memasuki ke tingkatan 1 dengan tumpuan kepada sekolah rendah 100 peratus pelajar Orang Asli.

Pada tahun ini seramai 2,562 orang pelajar daripada 93 buah sekolah 100 peratus pelajar Orang Asli akan menamatkan persekolahan darjah 6 mereka.

Tujuan program itu ialah mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli dari darjah 6 ke tingkatan 1 dan ini seterusnya akan dapat meningkatkan bilangan masyarakat Orang Asli yang berpendidikan.
Indeks Prestasi Utama (KPI) KKLW pada tahun ini ialah pengurangan kadar keciciran 31.77 peratus pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah kepada 26 peratus. - BERNAMA

Rabu, 14 Disember 2011

~Jadual PPG 2012~

  salam sejahtera..dgn ini diumumkan bahawa jadual bagi Program Pensiswazahan Guru(PPG) bagi sesi 2012 dah kuar ek..so,leh la rujuk jadual neyh...yang penting bulan Januari kena book hotel bab mls mo ulang alik..bulan 3 plak mengganggu jadual sy tol la..baru je plan nak wat sesuatu kat tarikh tu,dah x jadi lak..terpaksa la tunda..urmmm...nasib baik la amali yg hari Ahad tu kelas kami tak terlibat, selamat....nampak gayanyer kembali sibuk lg la tahun depan nie..mengajar dan belajar..go go chaiyok..aja aja fighting...(tp result utk sem lepas x kua lg..leh lulus ke nak naik sem depan.gurrrllppp)




Jadual PPG 2012

Januari
sabtu 7hb Interaksi pertama
ahad 8hb Taklimat BIG (tertakluk kpd perubahan)

februari
sabtu 18hb Interaksi kedua
Ahad 19hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)

Mac
sabtu 10hb Interaksi ketiga
Ahad 11hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)
&
sabtu 24hb Interaksi keempat
Ahad 25hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)

April
sabtu 7hb Interaksi kelima
Ahad 8hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)

Mei
19 & 20 minggu peperiksaan (mungkin berubah tp akan diumumkan kemuadian)

sumber:
http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/

Ahad, 11 Disember 2011

~Satu maut, sembilan parah~


BERA – Hasrat sebuah keluarga berketurunan Orang Asli untuk menerima sumbangan persekolahan tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Simpang Kerayong - Purun – Kepayang, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan dua kereta jenis Nissan Pulsar berwarna hijau dan Proton Satria berwarna merah.

Pemandu kereta Proton Satria, Mohd Alif Abu, 19, maut di tempat kejadian, sementara sembilan mangsa lain cedera parah.

Seorang mangsa, Norlijah Lee Nai Kown, 32, berkata, kereta Proton Satria itu tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kereta dipandu suaminya, Nordin Anjah, 34.

Menurutnya, suaminya tidak sempat berbuat apa-apa kerana kereta itu terlalu laju.

“Saya nampak kereta itu memasuki arah bertentangan dan berpusing-pusing sebelum merempuh kereta kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Norlijah sempat menghubungi saudara-mara dan kenalan untuk memaklumkan kejadian itu kerana bimbangkan keadaan suaminya yang tersepit dan ahli keluarga lain yang cedera parah.


Dakwa kereta dipandu laju

Sementara itu, seorang saksi, Nora Huing, 36, berkata, mereka termasuk keluarga mangsa dalam perjalanan ke Kompleks Rakan Muda, Kerayong untuk menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni.

Menurutnya, semasa kejadian, hampir semua penduduk dari Batu 10, Kampung Ibam secara konvoi sama ada menaiki kereta atau motosikal menuju ke tempat sama.

“Kami berkonvoi tiga kereta. Kereta mangsa berada di belakang. Saya perasan kereta merah itu dipandu laju dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat.

“Bila menoleh, saya dapati kereta itu merempuh kereta mangsa dengan bahagian depan remuk menyebabkan pemandu dan penumpang di hadapan tersepit,” katanya.


Bantu selamat mangsa

Manakala, Ismail Yusuf, 57, berkata, pada awal kejadian, semua mangsa tidak mampu keluar dari kenderaan masing-masing.

Katanya, sehubungan itu, dia bersama beberapa orang awam yang tiba di tempat kejadian segera mengeluarkan mangsa.

“Saya cuba mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Satria, tetapi pintu tidak dapat dibuka walaupun ditendang beberapa kali.

“Jadi, saya mengopak sedikit bahagian atas pintu sebelah pemandu untuk menarik keluar mangsa mengikut tingkap. Pada masa itu, semua mangsa masih hidup,” katanya.

Semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar 32 sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk pemeriksaan lanjut.


Tiada kesan brek pada jalan

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, dalam kejadian itu, kereta jenis Proton Satria dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki jalan bertentangan.

Menurutnya, mangsa bersama tiga penumpang lain berasal dari Felda Triang 1 dalam perjalanan ke arah Felda Kepayang, sementara sebuah lagi kereta jenis Nissan Pulsar dinaiki keluarga Orang Asli menuju ke arah Kerayong.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan brek pada jalan di lokasi kejadian. Dipercayai kereta Proton Satria itu dipandu laju dan hilang kawalan.

“Dalam kejadian itu juga, dua mangsa di bahagian hadapan kereta Nissan Pulsar itu tersepit, sementara penumpang di bahagian belakang cedera parah,” katanya.

Mereka yang cedera parah ialah Nordin Anjah, 34 (pemandu Nissan Pulsar); Leboi Pendek, 54; Hor Pui Kuan, 14; Hor Pui Yee, 12; Norlijah Lee Nai Kwon, 32 dan anak perempuannya berusia 6 tahun, sementara maklumat mangsa yang menaiki Proton Satria masih belum diperoleh.

Mohd Zahid berkata, semasa kejadian, keadaan jalan di lokasi kejadian adalah lurus, rata dan kering.

“Semua mangsa dibawa ke Hoshas untuk rawatan susulan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.

Beliau turut memuji keprihatinan orang awam membantu mengeluarkan mangsa terutama kakitangan Klinik Kesihatan Purun yang kebetulan dalam perjalanan ke Hoshas dan sanggup berhenti untuk memberi rawatan kecemasan kepada semua mangsa.

sumber : sinar harian edisi pahang

~Tragedi bantuan 1MDB~

BERA: Hasrat enam sekeluarga Orang Asli untuk mengambil bantuan Yayasan Pembangunan 1 Malaysia Berhad (1MDB) tidak kesampaian apabila mereka cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke program itu, jam 8.30 pagi semalam.

Kemalangan yang membabitkan dua kereta di Kilometer 25, Jalan Simpang Kerayong- Purun-Kepayang, berdekatan Kilang Sawit Tementi itu turut menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun terbunuh, manakala tiga lagi kenalannya dalam kereta sama cedera parah.

Difahamkan, enam Orang Asli daripada Kampung Orang Asli Bukit Rok itu sepatutnya menerima bantuan berupa keperluan sekolah, hamper, barangan dapur dan wang tunai pada program berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Alif Abu, 19, dari Felda Triang Satu, manakala semua mangsa yang cedera parah, termasuk keluarga Orang Asli dan masih belum dikenali pasti identiti, masing-masing kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas).

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Satria yang dinaiki Mohd Alif bersama tiga lagi penumpang dan kereta jenis Nissan Pulsar dinaiki enam sekeluarga Orang Asli berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Satria dari arah Kerayong menghala ke arah Purun, di sini, tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Nissan.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Satria meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang wanita dan dua lelaki di bahagian penumpang kereta terbabit parah dan dihantar ke Hoshas.

“Kejadian itu juga menyebabkan pemandu dan semua penumpang kereta Nissan cedera parah dan dirawat di hospital sama,” katanya.

Mohd Zahid berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di jalan lurus dan permukaan jalan rata serta kering manakala cuaca juga baik, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Awam 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, di sini, bagi membantu siasatan,” katanya.

myMetro

~Seorang Maut, Sembilan Cedera Parah Nahas Di Bera~

BERA: Seorang pemuda maut manakala sembilan lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di simpang tiga berhampiran kilang sawit Tementi di sini Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor berkata dalam insiden 8.30 pagi itu, Mohd Alif Abu, 19, meninggal dunia di tempat kejadian setelah Proton Satria yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung kereta Nissan Pulsar di laluan bertentangan.

Beliau berkata tiga penumpang Proton Satria iaitu seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai anak peneroka dari Felda Triang 1, cedera parah manakala enam sekeluarga dari Kampung Orang Asli Bukit Rok, yang menaiki kereta Nissan Pulsar, turut mengalami nasib sama.

Ketika kejadian, Orang Asli berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Purun ke Kerayong bagi menghadiri sebuah program yang dirasmikan Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mohd Zahid berkata semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Sabtu, 10 Disember 2011

~baNjiR oH baNjiR~


OMG..kampungku dilanda banjir lagi...yang sakit aty tu time cuti skul jek mest banjir(nk wat cmner,dh musim ujan kan hikhikhik)...bila dah banjir x pat dah nak g kg sebelah dan sebelah dan sebelah dan nk kuar bandar pun payah..sebab jalan yg berturap menghubungkan kampung ke jalan besar ktorg x pat mo lalu dah bab banjir kat jambatan kg saya..ader lagi 1 jalan tp jalan merah...lau kete yg mempunyai skirt yg labuh ke bawah mmg agk bermasalah la..biasa la,jln merah tu mmg teruk..dah mcm jln balak pown ye..dah bape byk dh kete org kg sy tlanggar kelapa sawit sebab jalan tu teruk n biler ujan mmg licin giler...x tau la ntah biler kitaorg nak dpt jln bturap kat jln ladang tu..lau x pat jln berturap dpt jln berbatu pown dh ok...surat dah byk kali dh org kg wat n anta kat pihak berkenaan tp samp skrg msh xde ape2 tndakan lagi..tunggu pilihanraya kot baru la dapat,biasala kan ooppsss no komen hakhakhakhak


pagi tu saya kua sbb nak lik ke jengka bab ader brg yg tetinggal kat umah sane..pastu lam kul 3 lebih tu mak saya call srh lik cepat2 sbb air kat jambatan dh makin naik..sy pown ape lagi,pecut la lik kg..samp jek kat kg,air mmg dah naik kat jalan dah..aduyaiii, lepas ke x nak lalu neyh..ktorg cube try test ukur dl kedalaman air tu baru la saya berani mo lalu...nasib baik lepas lagi...

mo ukur air jap

slow slow

kena aty2 bab sy x ingt sblh kiri or kanan yg ader lubang besar hikhikhik

petang tu lam kul 6 lebih,jalan tersebut dah xleh lalu dah..memang naik mendadak air sg tu..dua hari je dah tenggelamkan jambatan...lepas tu ape lagi, kete saya berkurung je la..x kemana2 pown...saya pown dok umah je la, mls mo jalan..

Jumaat, 9 Disember 2011

~geram+bengang+hangin =nyampah~


geramnyer......
mane x geram nyer..line berukband CELCOM neyh mmg lembab giler...sy sendiri x tau la kat kg saya neyh line 3G, HSDPA or GPRS...sebab kaler x menentu..tp kebanyakkannyer mmg la line GPRS jek..lau GPRS tau2 je la,mmg lembab tahap sipot sedut..sipot sedut pown lau kiter sedut2 laju2 leh laju msuk lam tekak..lau line CELCOM neyh,wat sakit aty jek..bek gune MAXIS broadband..cam akak ipar sy hr tu, nampak laju jek..no hal punyer..lau CELCOM nak dpt line 3G or HSDPA mmg kena tunggu hari beribut, hari ujan n bguruh kilat..baru la line tu tersesat kat kg..tu pown tersedak2 gak, hampir2 nak tcekik..leh wat CPR lagi kat berukband tu..huh...

yg mjadi masalahnyer ialah nak bukak blog kwn2 n nk komen2 or folow dorg mmg ssh..lau nk dpt bukak tu pown mmg nasib baik je la..lau dapat bukak pown kena klik addres blog tu berjuta kali(nampk beno nipunyer samp berjuta) eh berpuluh kali baru leh bukak..camner la sy x hangin..bab tu la masa cuti neyh x pat mo jln2 ziarah blog kwn2..sy hanya dpt update n3 lam blog sy jek..hukhukhuk

xpe la,nant lau sy dh kembali ke sekolah, sy akn mula aktif semula berjalan2 ke blog kawan2...pd kwn2 yg sy msh lum folow tu, diharap anda sume sabar menunggu ek..nant lau line ok,sy folow la...nek skolah nant kiter mulakan semula aktiviti kunjung mengunjung n komen mengomen k..see ya...

Khamis, 8 Disember 2011

~jaNgaN saLaH PaRkiNg~

hola....
n3 kali neyh nak story mory pasal parking kete...lau nk parking sila pndang atas bkn pndang bwh n bkn pandang belakang...terutamanya kat bandar yg byk sgt burung..x kisah la burung gagak ke, burung layang2 ke, burung walit ke....pastikan korang x parking kete korg kat bawah wayar tiang letrik atau bwh pokok..sebabnyer,nant jadi la cam kete kitaorg..penuh nan najis burung...

cerita bermula di sebuah bandar......masa tu kami ader exam akhir sem..pihak IPG mmg x sediakan penginapan pown..so kami terpaksa la sewa hotel...kami sewa 3 hari 2 malam..malam pertama menginap kat sana,kete saya selamat la dr najis burung tu bab parking at tempat yg betul(2 pown sbb tokey kedai tu yg srh park area tu bab kata beliau area tu xder tempat burung bertenggek)...tp pd mlm kedua tu, lik je dr IPG(stlh hbs paper 1) saya park kete kat tepi jln..ingtkan x kena la najis burung tp ms kuar nk g beli mknan tgk2 hbs kete kena gak najis burung..bila sy pndang atas, la...byk nyer burung bertenggek kat tiang letrik tu..hampeh...rs mo lastik2 ja burung2 tu sume..geram...kete kwn sy lg banyak kena najis burung..

last2 kitorg parking kat kwsn yg xder tiang letrik tp jauh dr hotel..nsb baik mlm tu ujan, kurang la ckit stiker najis burung at kete kami...jadi pasni lau nak park kete,sila pandang atas...jangan pandang belakang..ekekekekeke...

cian kete saya, nsb bek la kena ckit ja...

kete kak ayu yg paling byk kena najis burung tp nsb bek la mlm tu ujan lebat...

Rabu, 7 Disember 2011

~FuLL House & Cinta eLysa~

Full House(drama korea yg saya minat sgt)

Cinta elysa kat TV3..suker tgk Aril blakon lam citer neyh..

Isnin, 21 November 2011

~SeLamat Becuti buat sume warga PeNdidik~

cuti sekolah datang lagi....
mest dah ramai yang balik kampung kan...
hati2 d jalan raya,ingt la insan tersayang


selamat bercuti buat sume warga pendidik..tapi waktu cuti camni x sume warga pendidik dapat cuti..bagi mereka yg ader kelas waktu cuti nie,selamat menjalankan kelas..chaiyokkk...cikgu2 yg lain tu pun bukan cuti sepenuhnyer pown..masa cuti nie la sume cikgu sibuk nak siapkan sukatan pelajaran, siapkan fail utk tahun depan...ader gak yg time cuti nie sibuk wat bahan bantu mengajar n hiaskan kelas...istilah cuti bagi cikgu2 nie bukan la cuti x wat keje2 sekolah tapi bercuti dr ngadap muka student..keje2 sekolah masih lagi diteruskan..sebenarnya bukan senang nak menjadi seorang pendidik..org kat luar tu senang la cakap "best la jadi cikgu,banyak cuti"....best ke???korang try la jadi cikgu, baru korang tau camner rasanyer...sume keje sama jek..xder yg ssh xder yg senang..ape2 pown, selamat bercuti cikgu....jumpa lagi minggu akhir sebelum start tahun depan(minggu cikgu mula bekerja,lau x dtg kena tunjuk MC-gb sy yg ckp erkk- hikhikhik)

*epy oliday...epy2 selalu*
(pssttt: cuti sekolah,lama la sy offline bab line kat kg mcm sipot sedut..ssh mo on9) 
 

Ahad, 20 November 2011

~20.11.2011~

hari nie 20.11.2011 hari Ahad....
berakhir la suda peperiksaan akhir PPG..



semalam paper PSV 3101, hari ni lak paper PSV 3102...perrhhh...mmg giler kentang la...soklan senang tp jawapan tu yg ssh sangat...rs nak pecah otak nie menjawab paper PSV..
paper PSV 3101 antara soklan2 yg ader smlm yg sy x terbaca notanyer ialah tentang wayang kulit dimensi baru, seni multimedia, reka bentuk industri, ciri2 karya jepun..hampeh...saya baca lain,lain plak yg kuar...


paper PSV 3102 nie best ckit..best bkn sebab senang tp sbb kertas soklan tu ader kaler..mane yg ader gmbar tu gmbar nyer bkaler..baru la senang ckit nak wat perbandingan karya...kebanyakkan soklan yg kuar ttg arca..ingtkan ttg tembikar n catan yg kuar...tp arca plak yg blambak2 soklannyer...dua hari exam nie mmg saya menggoreng la..best gak rupenyer menggoreng nie ek hikhikhik...

Rabu, 16 November 2011

~_~

Selasa, 15 November 2011

~SKema JawapaN utk SokLaN dari Hibari~

elo..elo...dalam kebuzyan saya mengharungi minggu2 terakhir yg buzy kat sekolah,sempat gak saya post n3 lam blog...thanx buat hibari yang sudi tag kan saya lam blog dia...
 
nie skema jawapan anda ek..sila buat semakan jawapan hikhikhikhik :) ....
1        Cita2 mse kecik nak jadi apa?
nak jadi cikgu....(hasrat tercapai ekekeke)
2        Bile besar nak jadi apa pulak?
nak jadi budak kecik yg tomey(*_^)
3        Kenangan yang paling x bole lupe mse kecik?
jatuh lam longkang..kesan sampai skunk msh ader..(biasa la,budak nakal mmg begitu hikhikhikhik)
4        Negara apa paling anda kagumi dan kenape?
opcoz la MALAYSIA...sebab sume macam2 ader kat Malaysia nie..
5        Pernah fail paper math x?
oopppsss..malu la nk jawab kikikikiki
6        Serangga yang paling disukai?
uisshhh...sekor pown x suker..goli den..
7        Binatang yang paling ditakuti?
 paling ditakuti???soklan neyh nak jawab lam bentuk esei leh x??byk sgt binatang nyer..x muat mo jawab lam neyh hikhikhik.

8        Dah berapa tahun anda melihat dunia ini?
melihat dunia yang indah nie,x terkira tahunnyer(soklan perangkap neyh..lau bgth nant owg tau lak umur kiter kikikiki)
9        Bila rase marah kat seseorang ape anda buat?
perang.....dushh..dushh..wachaaaaa hahahahaha
10      Dalam bnyk2 perkara kat dunia ni, apa yg paling anda tkut ia berlaku?
errrr...eeerrrrr...tatotnyerrr....
11      Antara citer naruto, bleach ngan chibi maruko chan yang mne satu paling best?
chibi maruko chan...tp naruto pown best gak...bleach pown best gak...lau camtu antara naruto, bleach ngan chibi maruko chan citer yg paling best ialah citer ngan..(bole ke?bedal la kikikikiki) 

okey...selesai sudah saya menjawab pertanyaan hibari....soklan saya lak???ermmm..lau malas mo buat leh x???(otak jammed dah nie)hehehehehhe....
 

Jumaat, 11 November 2011

~11.11.11~

11.11.11???
apew yg best sgt dgn tarikh nie???
saya rasa biasa2 jek...tetap sama jek ngan hari2 sblm nie...
yang beza hanyalah....


  • kebuzyan yg btambah kat sekolah(biasa la,minggu2 last sekolah nie,keje bduyun2)
  • ader jamuan kelab bilik guru kat Bandar Temerloh
  • 3 orang sahabat terbaekkk kat sekolah dapat bertukar sekolah tahun depan(cedeyh sgt neyh)

11.11.11 juga saya buat 1 keputusan penting...
semoga saya x salah membuat keputusan...
keputusan yang amat sukar sekali saya nak wat..
setelah ditimbang tara, dibuat kaji selidik, buat ujian n peperiksaan(uisshh cam exam skolah lak kikikiki),
keputusannya...........
????????????
(nantikan sambungan n3 neyh..-mcm drama berantai lak-..hikhikhik)

Khamis, 10 November 2011

~ Important Thoughts for Today~


Love
The Special Feeling that makes you feel all Warm and Wonderful

Respect
Treating others as well as you'd like to be treated

Appreciation
To be Grateful for all the Good Things Life has to offer

Happiness
The Full Enjoyment of each moment with a Smiling Face

Forgiveness
The Ability to let Things be without Anger

Sharing
The Joy of giving without Thought of Receiving

Honesty
The Quality of always telling the Truth

Integrity
The purity of doing what's Right no matter what.

Compassion
The Essence of Feeling another's Pain, while Easing their Hurt

Rabu, 9 November 2011

~StucK in da MiddLe~

~Mood hr Neyh~




~TeMerLoh, MaRaN, JeraNtut~

 temerloh mmg sinonim dengan ikan patin....

kalau Temerloh tkenal dgn ikan patinnya, Maran plak terkenal dgn ayam kampung..sebab tu Maran dikenali sebagai bandar ayam kampung

Jerantut bandar taman negara..sebab taman negara terletak kat daerah Jerantut..


Isnin, 7 November 2011

~TahNiaH Sidek HussiN~

sape Sidek Hussin tu???
ha..n3 kali neyh saya nak bercerita tentang En. Sidek Hussin.. beliau nie merupakan pelakon pembantu dalam Filem Karak.. baru2 nie beliau telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem bagi filem KARAK di dalam Anugerah Skrin 2011. Bg saya beliau memang patut terima anugerah tersebut sebab beliau memang menghayati dan mengkaji watak beliau sebagai Tok Malam iaitu watak orang asli...yang penting, penggunaan bahasa yang digunakan tu...bkn pe,sblm nie lau ader je cerita melayu yang menggunakan watak org asli,mesti penggunaan bahasa dan lenggang lengguk bahasa yang dorg gune mest x best...satu lagi citer yg best mgunakan watak org asli ialah cerita "Lembing dan Layang"...terbaek la..

inilah Sidek Hussin dalam filem KARAK(search dlm Mizz Google)

Poster filem KARAK
watak Tok Malam

 Sidek Hussin

Jumaat, 4 November 2011

~acc fb ku deactivate~

PERHATIAN!!!!!!
utk sume kawan2 saya yg add saya at fb....
Untuk makluman acc fb saya terpaksa dideactivate atas sebab2 tertentu...
so,jgn pelik la lau tetiba saya xder lam frenzlist kwn2 sume 
bukan saya meremove anda, cume saya tutup jap akaun saya atas sebab2 tertentu....


bila dah ok nant, mood dah elok, baru saya akn aktifkan semula fb saya
harap maklum
sekian terima kasih...

Khamis, 3 November 2011

~Senamrobik Mr SiMpLe utk hr keceMerLaNgaN~

15 Nov 2011 nie ader hari kecemerlangan kat sekolah saya..
mcm biasa, saya kena bhgn jawatankuasa Persembahan...
nak buat ape ek utk hr kecemerlangan nie???
masa dah x banyak dah...
ermmmm...


fikir punyer fikir...
last2 sy wat senamrobik je la..lgpun nk wat tarian or yg lain2 tu sume kelas lain dh ambik..
guru besar cakap xnak jenis psembahan yg sama..
so,ambik keputusan wat senamrobik je la..tu yg xder lam senarai..

nk wat pemilihan lagu pun  ssh gak..x reti lor nk wat lagu pe..
balik2 lagu melayu, lagu omputeh...
ape kata kali nie saya ambik lagu korea lak...
bia lain ckit hahahhaha
keputusan dibuat..
lagu Mr SimPLe-Super JuNioR
hahahahhaha amek kaw...


sekarang nie lam proses melatih bebudak nie...
nampak gayanyer bkurang la lemak2 cikgu bab hr2 senamrobik..kikikikikiki
ape2 pown..
go..go..chaiyokkk...
aja aja fighting....


Rabu, 2 November 2011

~taKe caRe~


~tetiba ingat dia????~

teringat kat sape???


ermmm..ntah la..tetiba lak saya teringat kat dia..
siapa dia tu???
cukuplah sekadar korg tau dia tu rakan fb sy
(nama terpaksa dirahsiakan,sbb org tu pown x tau sy tetiba ingt kat dia,ntah2 dia pun x tau dia org yg sy tetiba teringat hikhikhikhik) 
bersahabat lam fb nan dia sejak september
mula rapat rsnyer pas komen pd 05 April 2010..sbb sy neyh mmg suka nyakat org(senang citer suke merepek la)...hehehehe
pastu ktorg selalu la komen status masing2..
slalu gurau2...
ms tu dia rajin conteng wall sy...tiap pagi,tengah hari,petang n malam mest dia akn conteng at wall saya(tp xder la conteng2 ayt cinta k)
ms tu mmg best la samp ader sorg kwn sy perasan n komen at status tu,sbb dia asik conteng wall sy jek..last2 dia conteng sekali at wall kwn sy tu..kelakar..hehehehe
dia memang kawan sy yg paling best....
tapi tu dulu....


sekarang?????
dia dh jarang conteng at wall sy..utk tahun nie cume 2x jek dia conteng wall saya.....
nak komen status sy pown dh jarang dh..cume kdg2 ader gak dia like n komen ckit..
mungkin dia bz kot...(wlau bz tp sy tetap komen at status dia n conteng2 wall dia-suke aty sy la- kikikikikiki)
ape2 pown lau saya ader wat salah ngan awk,tersalah cakap,sy minta maaf ye...
....
saya tetap rindukan persahabatan kita yg dulu
......
psssttt : hrp2 dia x tau la(tutup muka nan bantal)...kikikikikikikiki...
miss her/him....


Selasa, 1 November 2011

~menu sarapan pagi~

setiap pagi saya akan sarapan pagi di kantin sekolah...rajinnyer saya...hakhakhak...mls nyer sy nk wat srpn kat umah ek..pdhal leh jek..tp malas r..dok sorg2 nie mmg malas nk wat srpn,msk pown mls...bkn pe,mkn sorg2..x best kan..x berbaloi pown lau masak...tp lau ms dok johor dl wpun dok sorg,time cuti sabtu ahad sy masak la sbb leh mkn tgh hr n mlm...masak cume skali jek..tp dok pahang neyh,time cuti asik lik kg jek..ye la,kg dekat jek..sejam suku dh samp kat kg hehehehe...(uiissshhh,panjang plak set induksi sy neyh..pdhal nak kenalkan menu sarapan pagi jek hikhikhik)

menu sy waktu pagi selalunyer nasi goreng+telur mata+nescafe... lau sy kena ulser sy akn minum nescafe ais tp lau sy x kena ulser sy akn mnum nescafe tarik...tp tetap la nescafe hehehhe

 sy suka mkn nasi gorg nie sbb pedas..sy mmg suka makanan pedas...

.hr nie mnum nescafe ais sebab kena ulser..hukhukhuk

  nescafe tarik..nampak sedap..mmg sedap pown..secukup rasa n pekat..x mcm kat kedai2 mkn kat lua,lau oder nescafe mest cair n x sedap..kedekut nescafe tp lau kat kantin sekolah sy nie mmg sedap nescafe nyer..


Isnin, 31 Oktober 2011

~(^_*)~


~CARA-CARA UNTUK LUPAKAN KEKASIH LAMA~



CARA-CARA UNTUK LUPAKAN KEKASIH LAMA 

1. Kalau pasangan korang tu pernah bagi barang,buang terus barang yang di bagi tu.Nak nampak lagi ganas bakar terus tapi kalau dia ada bagi rumah dan korang pulak duduk rumah tu korang pikir la masak2 sebelum bertindak. 

2. Buangkan no.telefon dan gambar.Kalau dah buang pun korang masih ingat kat dia gak,hantukkan kepala kat dinding terus hilang ingatan. 

3. Letakkan muka pasangan korang tu sama dengan musuh ketat korang dari zaman kanak2 sampai la sekarang.Nak lagi best,letakkan sebaris dengan muka orang yang pernah berhutang tapi tak bayar.Nescaya korang menyampah nak tengok.

4. Jangan sesekali tengok cerita cinta dan dengar lagu yang ada unsur rindu,sayang dalam lirik lagu tu.Tengok cerita pasal kematian dan dengar lagu2 nasyid,takpun ceramah agama.Ada gak pekdahnye. 

5. Ingat yang buruk2 pasal perangai pasangan korang.Kalau muka korang buruk lagi elok,tengok muka korang kat cermin,mesti korang tak sanggup nak ingat lagi. 

6. Untuk lelaki,pergi pakai cantik2,jambul kasi up sikit,lepas tu lepak dekat bus stop yang ramai minah kilang.Cuba la mengorat.Yang perempuan pulak pergi balik kampung,tunggu orang masuk meminang.

~selamat mencuba hikhikhikhik~

Sabtu, 29 Oktober 2011

~PeNat tapi Best~


uisshhh...dh bape hari dah x berblog....bukan pe,kebuzyan n kemalasan melanda...kebuzyan sebab start dr jumaat lepas-rabu dh bermula cuti sekolah..saya lik kampung at Bera...kat kg tu line berukband mmg lembab tahap sipot sedut..sipot sedut pown lau kiter sedut,laju jek masuk tekak tp lau line berukband neyh,sedut cmner pown x laju2 hahahahahah....
sepanjang cuti plak agk buzy gak..buzy jenjalan jalun(genting highlands n gunung senyum) n buzy nan kenduri kesyukuran n berubat nenek...memang rasa x rest pown masa cuti tu...penat giler tp best...
naik sekolah hari khamis jumaat lak saya ader lawatan penanda aras bsama2 PPD ke SK BUKIT BARU MELAKA....memang best giler...sekolah tu memang cantik n ceria..memang layak la sekolah tu dapat banyak anugerah....penat berjalan2 ke melaka tp yang x best sebab asyik ujan jek..x pat nk shoping beria ngat...ermmm...hari sabtu lak pg2 dh ke sekolah sebab kat sekolah budak2 nie ader camping..start dr jumaat-sabtu...camping kat sekolah jek...rasanyer jadual saya utk seminggu nie mmg pack giler...
ape2 pown,cuti sekolah hr tu memang enjoy la....peace yaawwww...

Jumaat, 21 Oktober 2011

~eXaM PPG ditunda utk kali ke-2~

PENTING....UNTUK CALON PPG.

PEPERIKSAAN SEMESTER SATU BAGI CALON PPG DITUNDA DARI 29-30 OKTOBER KE 19-20 NOVEMBER 2011.
Mesyuarat Senat Kali Ke 7 Tahun 2011 telah memutuskan tarikh peperiksaan Semester 1 untuk PPG (Ambilan Julai 2011) dipinda dari 29 - 30 Okt kepada 19 - 20 November 2011.
perkembangan seterusnya akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
 
Kesulitan amat dikesali.
emm...berubah lagi jadual neyh..maknenyer hbs sesi persekolahan la nie...last sekolah 18 Nov 2011....semoga pasni jadual nie x berubah lg..puas nk call hotel mint tunda tarikh booking hotel..ermmm

Rabu, 19 Oktober 2011

~exam PPG ditunda~

PENTING....UNTUK CALON PPG.

PEPERIKSAAN SEMESTER SATU BAGI CALON PPG DITUNDA DARI 29-30 OKTOBER KE 12-13 NOVEMBER 2011.
Mesyuarat Senat Kali Ke 7 Tahun 2011 telah memutuskan tarikh peperiksaan Semester 1 untuk PPG (Ambilan Julai 2011) dipinda dari 29 - 30 Okt kepada 12 - 13 November 2011.
Kesulitan amat dikesali.

 nasib baik la sy bukak fb group PSV,lau x sy x tau pown pasal exam kena tunda dgn trak tunda...biler dah tau tu,sy pown cpt2 la inform kat kwn yg booking hotel hr tu supaya dia tunda gak tarikh menginap di hotel tu..nasib baik la dia pown dh tau,selamat....xder la rugi...hehehehe..makna nyer saya ader banyak masa lagi untuk study...chaiyok...nak start study la sbb kebuzyan di sekolah dh makin kurang nie..
 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design