Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Rabu, 28 Disember 2011

~i'm sick T_T~


i'm sick...hukhukhuk
(eleh,ngada2..sakit pown nk citer kat blog ke??kikikiki...suka aty sy la,blog sy..lgpun blog nie tajuknyer "key-sah are-ku ke???", so suka aty sy lor nk citer kat cni pown hikhikhik)

sejak akhir2 neyh sakit tulang belakang sy kembali melanda..last sy kena sakit neyh ms tahun 2008..sakit giler siot..terutama masa tido,nak gerakan bdn ke kiri kanan mmg sakit..nak duduk lama sgt pown sakit...lau dulu hanya sakit tulang belakang jek tp skrg dh bertambah plak ngan sakit kat pinggang..kdg2 sakit pgang kiri,kdang2 sakit pgang kanan..xkan la apendix kot??xkan la skit buah pgang kowt???rasa nyer bukan la...(mesti sakit ngada2 neyh hakhakhak)

harap2 sakit saya tu sakit biasa2 jek..bia sakit ngada2 asalkan jgn sakit yg kronik..takut siot...

Selasa, 27 Disember 2011

~KeMbaLi ke seKoLaH~


masa untuk kembali ke sekolah...bangun2..g sekolah..adoyaiii..pagi td rs lemau jek nak bangun..yg pelik lau time cuti tu leh jek 'ter' bangun kul 6 lebih or kul 7 tanpa rs lemau..tp bl dh mula nak sekolah nie,rs lemau..jam dh bunyi leh lg matikan jap sambung tdo 5 minit lagi..adoyaiii...

Minggu nie dah mula kena g sekolah cam biasa wlaupun sesi persekolahan bermula minggu depan..minggu nie cam biasa la..persiapan utk mulakan sesi P&P thn depan, hari orientasi, mesyuarat n taklimat, kemas2 n hias2 kelas, sediakan BBM dan byk lagi la yg perlu disetelkan..

pd sume warga pendidik, selamat kembali ke sekolah...

Rabu, 21 Disember 2011

~Cinta~

Hargai Cinta Yang Datang Tanpa Di Cari.. Kerana Ia Satu Anugerah Kerana Cinta Itu sanggup Datang Untuk Menerima Kita Apa Adanya.. Tetapi.. Sekali kita Kehilangan Cinta Itu.. Menangis Darah Sekali pun Belum Tentu Ia Akan Kembali. Hargailah Peluang Yang Cuma Datang Sekali Atau Sendiri Yang Akan Menyesal DI Kemudian Hari.

Selasa, 20 Disember 2011

~Cadangan MRSM Khas Untuk Anak-Anak Orang Asli ~


KUALA KLAWANG: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bercadang mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) khas bagi pelajar Orang Asli.
Mengumumkan demikian, Timbalan Menterinya Datuk Hasan Malek berkata, "Cadangan itu baik tapi ia memerlukan kajian yang lebih terperinci.
Kita terlebih dahulu akan mendapatkan maklum balas dan pandangan dari semua pihak termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Kementerian Pelajaran dan Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia". Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis penutup program Mesra Didik Pelajar Orang Asli 2011 yang disertai 355 orang pelajar darjah 6 Orang Asli dari Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Anggota Parlimen Kuala Pilah itu berkata jika perkara ini terlaksana, ia adalah seperti MRSM untuk anak-anak Felda; Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita serius dalam perkara ini untuk melahirkan ramai pelajar cemerlang di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini," katanya.

Program empat hari itu merupakan bengkel bagi persediaan pelajar Orang Asli yang berada dalam darjah 6 memasuki ke tingkatan 1 dengan tumpuan kepada sekolah rendah 100 peratus pelajar Orang Asli.

Pada tahun ini seramai 2,562 orang pelajar daripada 93 buah sekolah 100 peratus pelajar Orang Asli akan menamatkan persekolahan darjah 6 mereka.

Tujuan program itu ialah mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli dari darjah 6 ke tingkatan 1 dan ini seterusnya akan dapat meningkatkan bilangan masyarakat Orang Asli yang berpendidikan.
Indeks Prestasi Utama (KPI) KKLW pada tahun ini ialah pengurangan kadar keciciran 31.77 peratus pelajar dari sekolah rendah ke sekolah menengah kepada 26 peratus. - BERNAMA

Rabu, 14 Disember 2011

~Jadual PPG 2012~

  salam sejahtera..dgn ini diumumkan bahawa jadual bagi Program Pensiswazahan Guru(PPG) bagi sesi 2012 dah kuar ek..so,leh la rujuk jadual neyh...yang penting bulan Januari kena book hotel bab mls mo ulang alik..bulan 3 plak mengganggu jadual sy tol la..baru je plan nak wat sesuatu kat tarikh tu,dah x jadi lak..terpaksa la tunda..urmmm...nasib baik la amali yg hari Ahad tu kelas kami tak terlibat, selamat....nampak gayanyer kembali sibuk lg la tahun depan nie..mengajar dan belajar..go go chaiyok..aja aja fighting...(tp result utk sem lepas x kua lg..leh lulus ke nak naik sem depan.gurrrllppp)




Jadual PPG 2012

Januari
sabtu 7hb Interaksi pertama
ahad 8hb Taklimat BIG (tertakluk kpd perubahan)

februari
sabtu 18hb Interaksi kedua
Ahad 19hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)

Mac
sabtu 10hb Interaksi ketiga
Ahad 11hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)
&
sabtu 24hb Interaksi keempat
Ahad 25hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)

April
sabtu 7hb Interaksi kelima
Ahad 8hb Amali (Sains, Reka Bentuk & Teknologi, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Muzik)

Mei
19 & 20 minggu peperiksaan (mungkin berubah tp akan diumumkan kemuadian)

sumber:
http://www.moe.gov.my/ipgm/portal/

Ahad, 11 Disember 2011

~Satu maut, sembilan parah~


BERA – Hasrat sebuah keluarga berketurunan Orang Asli untuk menerima sumbangan persekolahan tidak kesampaian apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Simpang Kerayong - Purun – Kepayang, semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu membabitkan dua kereta jenis Nissan Pulsar berwarna hijau dan Proton Satria berwarna merah.

Pemandu kereta Proton Satria, Mohd Alif Abu, 19, maut di tempat kejadian, sementara sembilan mangsa lain cedera parah.

Seorang mangsa, Norlijah Lee Nai Kown, 32, berkata, kereta Proton Satria itu tiba-tiba memasuki laluan bertentangan sebelum menghentam kereta dipandu suaminya, Nordin Anjah, 34.

Menurutnya, suaminya tidak sempat berbuat apa-apa kerana kereta itu terlalu laju.

“Saya nampak kereta itu memasuki arah bertentangan dan berpusing-pusing sebelum merempuh kereta kami,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Norlijah sempat menghubungi saudara-mara dan kenalan untuk memaklumkan kejadian itu kerana bimbangkan keadaan suaminya yang tersepit dan ahli keluarga lain yang cedera parah.


Dakwa kereta dipandu laju

Sementara itu, seorang saksi, Nora Huing, 36, berkata, mereka termasuk keluarga mangsa dalam perjalanan ke Kompleks Rakan Muda, Kerayong untuk menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni.

Menurutnya, semasa kejadian, hampir semua penduduk dari Batu 10, Kampung Ibam secara konvoi sama ada menaiki kereta atau motosikal menuju ke tempat sama.

“Kami berkonvoi tiga kereta. Kereta mangsa berada di belakang. Saya perasan kereta merah itu dipandu laju dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat.

“Bila menoleh, saya dapati kereta itu merempuh kereta mangsa dengan bahagian depan remuk menyebabkan pemandu dan penumpang di hadapan tersepit,” katanya.


Bantu selamat mangsa

Manakala, Ismail Yusuf, 57, berkata, pada awal kejadian, semua mangsa tidak mampu keluar dari kenderaan masing-masing.

Katanya, sehubungan itu, dia bersama beberapa orang awam yang tiba di tempat kejadian segera mengeluarkan mangsa.

“Saya cuba mengeluarkan mangsa dari kereta Proton Satria, tetapi pintu tidak dapat dibuka walaupun ditendang beberapa kali.

“Jadi, saya mengopak sedikit bahagian atas pintu sebelah pemandu untuk menarik keluar mangsa mengikut tingkap. Pada masa itu, semua mangsa masih hidup,” katanya.

Semua mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bandar 32 sebelum dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh untuk pemeriksaan lanjut.


Tiada kesan brek pada jalan

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, dalam kejadian itu, kereta jenis Proton Satria dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki jalan bertentangan.

Menurutnya, mangsa bersama tiga penumpang lain berasal dari Felda Triang 1 dalam perjalanan ke arah Felda Kepayang, sementara sebuah lagi kereta jenis Nissan Pulsar dinaiki keluarga Orang Asli menuju ke arah Kerayong.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan brek pada jalan di lokasi kejadian. Dipercayai kereta Proton Satria itu dipandu laju dan hilang kawalan.

“Dalam kejadian itu juga, dua mangsa di bahagian hadapan kereta Nissan Pulsar itu tersepit, sementara penumpang di bahagian belakang cedera parah,” katanya.

Mereka yang cedera parah ialah Nordin Anjah, 34 (pemandu Nissan Pulsar); Leboi Pendek, 54; Hor Pui Kuan, 14; Hor Pui Yee, 12; Norlijah Lee Nai Kwon, 32 dan anak perempuannya berusia 6 tahun, sementara maklumat mangsa yang menaiki Proton Satria masih belum diperoleh.

Mohd Zahid berkata, semasa kejadian, keadaan jalan di lokasi kejadian adalah lurus, rata dan kering.

“Semua mangsa dibawa ke Hoshas untuk rawatan susulan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987,” katanya.

Beliau turut memuji keprihatinan orang awam membantu mengeluarkan mangsa terutama kakitangan Klinik Kesihatan Purun yang kebetulan dalam perjalanan ke Hoshas dan sanggup berhenti untuk memberi rawatan kecemasan kepada semua mangsa.

sumber : sinar harian edisi pahang

~Tragedi bantuan 1MDB~

BERA: Hasrat enam sekeluarga Orang Asli untuk mengambil bantuan Yayasan Pembangunan 1 Malaysia Berhad (1MDB) tidak kesampaian apabila mereka cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke program itu, jam 8.30 pagi semalam.

Kemalangan yang membabitkan dua kereta di Kilometer 25, Jalan Simpang Kerayong- Purun-Kepayang, berdekatan Kilang Sawit Tementi itu turut menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun terbunuh, manakala tiga lagi kenalannya dalam kereta sama cedera parah.

Difahamkan, enam Orang Asli daripada Kampung Orang Asli Bukit Rok itu sepatutnya menerima bantuan berupa keperluan sekolah, hamper, barangan dapur dan wang tunai pada program berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Alif Abu, 19, dari Felda Triang Satu, manakala semua mangsa yang cedera parah, termasuk keluarga Orang Asli dan masih belum dikenali pasti identiti, masing-masing kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas).

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Satria yang dinaiki Mohd Alif bersama tiga lagi penumpang dan kereta jenis Nissan Pulsar dinaiki enam sekeluarga Orang Asli berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Satria dari arah Kerayong menghala ke arah Purun, di sini, tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Nissan.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Satria meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang wanita dan dua lelaki di bahagian penumpang kereta terbabit parah dan dihantar ke Hoshas.

“Kejadian itu juga menyebabkan pemandu dan semua penumpang kereta Nissan cedera parah dan dirawat di hospital sama,” katanya.

Mohd Zahid berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di jalan lurus dan permukaan jalan rata serta kering manakala cuaca juga baik, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Awam 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, di sini, bagi membantu siasatan,” katanya.

myMetro

~Seorang Maut, Sembilan Cedera Parah Nahas Di Bera~

BERA: Seorang pemuda maut manakala sembilan lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di simpang tiga berhampiran kilang sawit Tementi di sini Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor berkata dalam insiden 8.30 pagi itu, Mohd Alif Abu, 19, meninggal dunia di tempat kejadian setelah Proton Satria yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung kereta Nissan Pulsar di laluan bertentangan.

Beliau berkata tiga penumpang Proton Satria iaitu seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai anak peneroka dari Felda Triang 1, cedera parah manakala enam sekeluarga dari Kampung Orang Asli Bukit Rok, yang menaiki kereta Nissan Pulsar, turut mengalami nasib sama.

Ketika kejadian, Orang Asli berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Purun ke Kerayong bagi menghadiri sebuah program yang dirasmikan Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mohd Zahid berkata semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Sabtu, 10 Disember 2011

~baNjiR oH baNjiR~


OMG..kampungku dilanda banjir lagi...yang sakit aty tu time cuti skul jek mest banjir(nk wat cmner,dh musim ujan kan hikhikhik)...bila dah banjir x pat dah nak g kg sebelah dan sebelah dan sebelah dan nk kuar bandar pun payah..sebab jalan yg berturap menghubungkan kampung ke jalan besar ktorg x pat mo lalu dah bab banjir kat jambatan kg saya..ader lagi 1 jalan tp jalan merah...lau kete yg mempunyai skirt yg labuh ke bawah mmg agk bermasalah la..biasa la,jln merah tu mmg teruk..dah mcm jln balak pown ye..dah bape byk dh kete org kg sy tlanggar kelapa sawit sebab jalan tu teruk n biler ujan mmg licin giler...x tau la ntah biler kitaorg nak dpt jln bturap kat jln ladang tu..lau x pat jln berturap dpt jln berbatu pown dh ok...surat dah byk kali dh org kg wat n anta kat pihak berkenaan tp samp skrg msh xde ape2 tndakan lagi..tunggu pilihanraya kot baru la dapat,biasala kan ooppsss no komen hakhakhakhak


pagi tu saya kua sbb nak lik ke jengka bab ader brg yg tetinggal kat umah sane..pastu lam kul 3 lebih tu mak saya call srh lik cepat2 sbb air kat jambatan dh makin naik..sy pown ape lagi,pecut la lik kg..samp jek kat kg,air mmg dah naik kat jalan dah..aduyaiii, lepas ke x nak lalu neyh..ktorg cube try test ukur dl kedalaman air tu baru la saya berani mo lalu...nasib baik lepas lagi...

mo ukur air jap

slow slow

kena aty2 bab sy x ingt sblh kiri or kanan yg ader lubang besar hikhikhik

petang tu lam kul 6 lebih,jalan tersebut dah xleh lalu dah..memang naik mendadak air sg tu..dua hari je dah tenggelamkan jambatan...lepas tu ape lagi, kete saya berkurung je la..x kemana2 pown...saya pown dok umah je la, mls mo jalan..

Jumaat, 9 Disember 2011

~geram+bengang+hangin =nyampah~


geramnyer......
mane x geram nyer..line berukband CELCOM neyh mmg lembab giler...sy sendiri x tau la kat kg saya neyh line 3G, HSDPA or GPRS...sebab kaler x menentu..tp kebanyakkannyer mmg la line GPRS jek..lau GPRS tau2 je la,mmg lembab tahap sipot sedut..sipot sedut pown lau kiter sedut2 laju2 leh laju msuk lam tekak..lau line CELCOM neyh,wat sakit aty jek..bek gune MAXIS broadband..cam akak ipar sy hr tu, nampak laju jek..no hal punyer..lau CELCOM nak dpt line 3G or HSDPA mmg kena tunggu hari beribut, hari ujan n bguruh kilat..baru la line tu tersesat kat kg..tu pown tersedak2 gak, hampir2 nak tcekik..leh wat CPR lagi kat berukband tu..huh...

yg mjadi masalahnyer ialah nak bukak blog kwn2 n nk komen2 or folow dorg mmg ssh..lau nk dpt bukak tu pown mmg nasib baik je la..lau dapat bukak pown kena klik addres blog tu berjuta kali(nampk beno nipunyer samp berjuta) eh berpuluh kali baru leh bukak..camner la sy x hangin..bab tu la masa cuti neyh x pat mo jln2 ziarah blog kwn2..sy hanya dpt update n3 lam blog sy jek..hukhukhuk

xpe la,nant lau sy dh kembali ke sekolah, sy akn mula aktif semula berjalan2 ke blog kawan2...pd kwn2 yg sy msh lum folow tu, diharap anda sume sabar menunggu ek..nant lau line ok,sy folow la...nek skolah nant kiter mulakan semula aktiviti kunjung mengunjung n komen mengomen k..see ya...

Khamis, 8 Disember 2011

~jaNgaN saLaH PaRkiNg~

hola....
n3 kali neyh nak story mory pasal parking kete...lau nk parking sila pndang atas bkn pndang bwh n bkn pandang belakang...terutamanya kat bandar yg byk sgt burung..x kisah la burung gagak ke, burung layang2 ke, burung walit ke....pastikan korang x parking kete korg kat bawah wayar tiang letrik atau bwh pokok..sebabnyer,nant jadi la cam kete kitaorg..penuh nan najis burung...

cerita bermula di sebuah bandar......masa tu kami ader exam akhir sem..pihak IPG mmg x sediakan penginapan pown..so kami terpaksa la sewa hotel...kami sewa 3 hari 2 malam..malam pertama menginap kat sana,kete saya selamat la dr najis burung tu bab parking at tempat yg betul(2 pown sbb tokey kedai tu yg srh park area tu bab kata beliau area tu xder tempat burung bertenggek)...tp pd mlm kedua tu, lik je dr IPG(stlh hbs paper 1) saya park kete kat tepi jln..ingtkan x kena la najis burung tp ms kuar nk g beli mknan tgk2 hbs kete kena gak najis burung..bila sy pndang atas, la...byk nyer burung bertenggek kat tiang letrik tu..hampeh...rs mo lastik2 ja burung2 tu sume..geram...kete kwn sy lg banyak kena najis burung..

last2 kitorg parking kat kwsn yg xder tiang letrik tp jauh dr hotel..nsb baik mlm tu ujan, kurang la ckit stiker najis burung at kete kami...jadi pasni lau nak park kete,sila pandang atas...jangan pandang belakang..ekekekekeke...

cian kete saya, nsb bek la kena ckit ja...

kete kak ayu yg paling byk kena najis burung tp nsb bek la mlm tu ujan lebat...

Rabu, 7 Disember 2011

~FuLL House & Cinta eLysa~

Full House(drama korea yg saya minat sgt)

Cinta elysa kat TV3..suker tgk Aril blakon lam citer neyh..
 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design