Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 23 Ogos 2013

~ambik darah n mnum air gula~






22/08/2014
kena ambik darah n mnum air gula..
sebab nak cek ader kencing manis atau x...

selama nie lau dgr citer dr kwn2,bila kna mnum air gula tu rs mcm seram jek nak g mnum bab kwn2 ckp x sedap n xleh masuk lgsung...rs nak muntah....betapa teruknyer rasa mnum air gula...
sbb tu la bila doct sruh mnum air gula, rs mcm xnak g jek...tp lau x g xleh plak...jadi,nak xnak kena g jugak la...

pagi tu g klinik kat bhgn wad bersalin tgk2 dh ader org dh..bkn utk ibu mengandung jek,org yg ader diabetes,org tua,laki,pompuan sume ader...sib baik dtg awal...
mula2 nurse ambik darah dulu..pastu kena mnum air gula...sblm mnum tu sy motivasikan diri jap...
"think positif....n ingat utk kebaikan baby"
pastu terus mnum seteguk....habis......
rasa????ok jek...xder la seteruk yg kwn2 cakap...biasa jek rsnyer....
ader yg mnum sblm sy pon msh x hbs2 lg,dorg pelik cmner sy leh cepat habis....hehehehee..
ader sorg tu lg best...dia mnum air gula tu dia selang ngan mnum air mineral...boleh ke camtu???
ermmm...bia la dia...yg penting sy x wat cmtu.....

ape2 pon,pasni lau kna mnum air gula lg,sy x kisah la...sebab xder la teruk sgt rsnyer....yang penting...
thin positif...n untuk kebaikan baby......




Selasa, 20 Ogos 2013

~akhirnya...baru tau..~


akhirnya...
20/08/2013-selasa
dah scan...
kandungan baru 17 minggu bersamaan 4 bulan 1 minggu...
due date 24/01/2014

lau tgk hasil scan td mmg x puas aty pon...biasa la,mesin scan klnik tu...bukan nampak imej sgt..lau pergi kat Klinik Feisal tu lg bagus..boleh nampak dengan terang dan jelas babynyer...leh nmpak kepala,badan,kaki,tangan,jari.....leh nampak jantung tu berdenyut2...
tapi kat klinik kesihatan td,lsung x nmpak ape pon...nampak bulat2 jek...doct tnjuk jantung pon x jelas...x nmpak ape pon tp sbb nak jg aty doct,sy ckp ye je la..harap2 klinik kesihatan tu tukar la mesin scan yg baru...dh uzur sgt dh gayanyerr....

yang x best doct suruh minum air gula hr khamis nie....eeeiiii...tu la benda yg sy nk elakkan tp kena jugak...terpaksa la lewat ke sekolah...dah la skolah jauh,nant x pasal2 kna ambik CRK jugak la...dh la tahun nie sy x gune lgsung CRK sy...sayangnyer nak gune...

ermm...ape2 pon,demi baby...x kisah la..buat je la....
yg penting baby normal dan sihat...


Isnin, 19 Ogos 2013

adoyaiiii tab owh tab

nk mula mnulis n3 gune tab tp tab nie wat hal plak...
xleh nk upload gmbar....
mcm2 hal la tab nie...

sebenarnyer bkn slh tab tp slh line
hehehehee

gune tab incik suami yg mgunakn celcom.....
mmg teruk giler line celcom nie..
ngalahkn sipot sedut.....

xpe la...pasnie guna lappyku yg comel n chubby tu je la
br puas aty mao menaip....

Ahad, 18 Ogos 2013

~bila nak bayar hutang?~





sakit aty kan biler org pndai pinjam duit kiter tp x reti2 nak bayar balik...

ader la sorg kwn sy nie,pnjam duit sy..mmg la x banyak pon...kiter nie kesiankan dia sbb dia ckp dia nak byr kete dia bab bulan tu x dpt nak byr...sbb bln tu dia byk kena outstation n kna gune duit byk sbb tu x dpt nk byr duit kete dia...kiter nie sbb kwn dlm kesusahan kita tlg la dia..dia janji dia akn byr sikit2...ok la x kisah pon....tp skrg nie dh setahun dia pnjam duit sy,msh x byr2 lagi wpun sikit...kononnyer dl ckp nak byr ckit2...tp sampai skrg lgsung x bayar..

bukan jek x bayar,kiter msg dia pon dia buat x tau jek...kdang2 rs nak mention jek nama dia kat wall fb tu bia dia ingt sikit yg dia ader utang ngan kita tp kita xla sekejam tu lagi..kita sedar awk tu kakitangan kerajaan..nant lau sy wat camtu,teruk la awk sbb bos awk ader lam frenz list sy...

yg kita rs sakit aty lg tu, dia beli hset mahal,beli motor,beli kamera,mampu sgt...tp xkan la bayar utang sy nie langsung x bleh???dah la tu,byk kali dh kakitangan kerajaan nie dpt bonus n kenaikan gaji..xkan x ingt nak byr utang kot...ingat la sikit,org lain pon ader ms susah jugak tau..bukan awk sorg jek....

org yg pnjam duit sy nie dia seorg kakitangan kerajaan..kerja plak kat jabatan yang kononnyer membantu masyarakat la...tp,dia sendiri yg menipu masyarakat sendiri....ader jugak org mcm nie..teruk betul..

sampai skrg rs dh buntu dh mcm mana caranya nak minta balik duit kita tu...agknyer sy mmg patut bgtahu kat bos dia kot xpun mention jek nama dia lam fb...bia dia ingt sikit nak bayar...

psstt : biler org dh percaya kat awk,jgn la mengkhianati kepercayaan org....bila skali org x pcaya dh,selama-lamanyer org xkan percaya..remember..what u did, u get back....

Sabtu, 17 Ogos 2013

~pregnant berapa bulan?~



"ngandung dh bpe bulan???"
 
soklan yang biasa ditanya apabila kita mengandung...
jawapan saya....

"entah la..sy pon x tau...ms sy preg lam 16 week tu dokt ader scan..pastu doct cakap saiz baby mcm bkn 16week tp mcm 13week jek..."

org yg btanya pon akn bertanya lagi....

"aik...xkan x tau kot..kira dr last period tu la.."

hangin gak biler dgr org ckp mcm tu..mcm la kiter nie x tau nak kira kan..n mcm la nurse yg wat buku dl x tau kira kan....hampeh punyer soklan....
tp sy jwb semula lam ayat yg penuh sopan santun wpun lam aty rs mao marah...

"sy nie jenis period x teratur..dr sebelum kwen lg sy mmg period x teratur..kdg2 dua bulan sekali period...bkn period tiap2 bulan...sbb tu yg menjadi kemungkinan kiraan kehamilan tu jd x betul sbb kira dr last sy period bln 3...."

oooooooooooooooooo.....mcm tu...
puas aty kan....
xpe la..minggu depan nie..20/08/2013 nie dokt akn scan lagi utk mengenalpasti sy preg bpe minggu dah...x sabar rasanyer....

lepas nie baru la sambung semula aktiviti kira mengira minggu pembesaran baby lam perut nie...

Khamis, 15 Ogos 2013

~Asal Usul Suku Kaum SEMELAI~

 SEMELAI????
saya la tu..sy merupakan orang asli suku kaum semelai....dok best2 mengusha "orang asli semelai" kat mizz google,tetiba sy terjumpa lak artikel nie..agk menarik..so sy sj nk kongsikan lam blog sy..memandangkan nie pon asal usul suku kaum sy sendiri...cume berita nie dh lama dh..bab penulis berita nie pon tulis ms tahun 1998...skrg nie perkampungan org asli semelai dh berubah dh..ape2 pon,mari kiter sama2 membaca ye....

sumber : Utusan Online
Arkib : 24/05/1998

SEMELAI bunyinya seperti sejenis tumbuhan atau mungkin salah satu seni budaya sukuan etnik tempatan. Tetapi ia sebenarnya tidak ada kaitan dengan kedua-dua perkara tersebut. Sebaliknya Semelai adalah nama salah satu suku kaum dalam pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli Melayu - Proto.
Asal-usul kaum Semelai ini pula dikatakan wujud hasil gabungan dua pasangan bersaudara dari kelompok suku Temoq dan Semaq Beri yang terselamat daripada serangan buas seekor harimau yang digelar Petaling Juntai.
Dua saudara lelaki Temoq (Sitam dan Siler) serta dua adik-beradik wanita Semaq Beri (Itang dan Iler) ditakdirkan bertemu ketika kedua-dua bersaudara itu bersembunyi daripada serangan Petaling Juntai di pondok sebuah kampung pinggir Sungai Serting.
Namun, kedua pasangan adik-beradik berkenaan kemudian mengahwini satu sama lain dan hidup berkeluarga setelah mereka berjaya memerangkap dan membunuh Petaling Juntai.
Dari situ, wujudlah kelompok suku kaum Semelai yang hidup mereka kini tinggal bertaburan di sekitar kawasan Tasik Bera dalam daerah Temerloh di Pahang, yang jauh tersisih dari pembangunan dan kemajuan moden.
Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula, kaum Semelai kini berjumlah sekitar 1,260 orang yang melibatkan 238 keluarga. Program Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang dikendalikan oleh JHEOA bagaimanapun telah menghimpunkan mereka dalam satu kawasan khas dalam zon penempatan dan perlindungan Orang Asli di bawah projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera kelolaan kerajaan negeri Pahang melalui perunding profesional dari Wetlands International.
Jika anda menghilir atau menyusuri Sungai Bera dari jeti Bera ke kawasan tasik, pasti akan terjumpa pondok bertiang tinggi di tengah-tengah atau di tebing sungai yang berserabut dengan tali dan jaring yang dinamakan tapuk dan jermai.
Tapuk merupakan pondok kecil yang dibina di tengah-tengah sungai manakala jermai pondok yang dibina di tebing sungai bagi tujuan menangkap ikan.
Pondok-pondok berkenaan bertindak sebagai tempat menyokong jaring atau pukat yang dipasang di permukaan sungai. Kedua-dua peralatan menangkap ikan itu antara pengenalan mengenai corak hidup suku kaum Semelai untuk menampung anggota keluarga.
Ikan-ikan yang menjadi habuan suku Semelai melalui pemasangan tapuk dan jermai termasuklah lampam, toman, tapah, kelah, sebarau, tenggalan dan jelawat.
Tetapi operasi penangkapan ikan menggunakan peralatan tradisi Semelai ini hanya dihadkan kepada mereka yang mendapat lesen daripada Jabatan Perikanan sahaja. Ini bertujuan untuk mengelak kepupusan sumber ikan di sungai dan Tasik Bera.
Meskipun tersisih dari kemodenan, pembangunan moral dan pendidikan kaum Semelai tidak pernah terabai. Sekolah Kebangsaan Iskandar yang mempunyai lapan kelas dari tahun satu hingga lima beroperasi sejak tahun 1996 dengan 14 tenaga pengajar adalah bukti keprihatinan kerajaan untuk masyarakat itu.
Sesetengah daripada anak-anak Semelai ini pula dihantar ke sekolah Sungai Dua di Bentong, Karak atau di Bahau, Negeri Sembilan. Malah, sehingga kini tiga anak kaum Semelai telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
Manakala kelaziman menjadikan sumber hutan dan hidupan air sebagai sumber kehidupan juga sudah berkurangan. Sebaliknya mereka telah memiliki sumber pencarian tetap yang lebih terjamin sama ada menoreh getah mahupun kerja-kerja di ladang kelapa sawit.
Sementara pemilihan Tasik Bera sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar yang dikendalikan oleh Wetlands International melalui Projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera sejak tahun 1994 pula membuka satu lagi sumber pendapatan untuk kaum Semelai.
Melalui projek bersepadu ke arah mengekalkan kepentingan alam semula jadi dan tanah lembap, Tasik Bera turut menjadi destinasi dalam perkembangan ekonomi pelancongan asli kepada pengunjung dan pencinta alam.
Ini menjadikan kepentingan Tasik Bera dan kekayaan sumbernya dapat dieksploitasi sama untuk keperluan kaum Semelai sebagai daya tarikan pelancong.
Sekali gus membentuk dan menghidupkan semula kerja kraftangan wanita Semelai seperti anyaman bakul dan tikar di samping peralatan memburu oleh kaum lelaki sebagai sumber pendapatan bagi penghasilan tambahan yang mampu menampung kehidupan.
Sementara itu kemahiran kaum Semelai terhadap selok-belok laluan Tasik Bera pula memberi tugas penting sebagai jurupandu melalui penyediaan perkhidmatan bot berkuasa rendah untuk membawa pelancong menikmati kesegaran tasik.
Selain itu, kekayaan budaya tradisi Semelai juga turut menjadi agenda untuk mencorakkan kehidupan baru selaras dengan perkembangan Tasik Bera sebagai salah satu pusat kegiatan ekopelancongan setempat.
Amalan adat pepatih dengan melakukan tradisi berkhatan ke atas kaum lelaki sebagaimana masyarakat Melayu antara salah satu keunikan Semelai selain pelbagai seni budaya lain termasuk tarian burung buai, jambul cip-cip dan jindrai yang kini dijadikan sebagai salah satu 'menu' untuk pengunjung ke Tasik Bera.
Kini terdapat lima buah perkampungan Semelai di Tasik Bera iaitu Kampung Putat, Baapak, Gau, Jelawat dan Lengut atau Kuin yang mula menerima kemasukan arus kemajuan pembangunan. - Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz2c2GWAyRP 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 14 Ogos 2013

~ Pantai Penyabung, Endau ~


 cuti-cuti cuci mata.....

lokasi : Pantai Penyabung, 
           Endau 
           Johor Darul Takzim.


 





Jumaat, 9 Ogos 2013

~ i'm pregnant??~


sambungan........
camner sy tau sy pregnant???
hehehehehe

masa cuti sekolah bln 5 hari tu,abg sy yg dok selangor tu balik kg...kakak ipar sy ckp la yg dia dh ngandung...wahhhhh bestnyerrrr......dah 8 tahun dorg tgu utk dapat ank kedua,akhirnyer berhasil gak...nie N3 akak ipar sy kat blognyer...klik disini.....

sy pun biler dgr citer akak ipar sy tu,sy terus jd excited..terus terfikir nak test ader sangkut ke tak....esoknyer,awal2 pg buta kul 6.00 pagi sy test....
jeng...
jeng...
jeng....
dua line....wahhhhhhh......epynyerrrr......i'm pregnant....seronok yg x terhingga....rs cam x caye...disebabkan rs x caye,sehari tu 3x sy test lagi tau..sib baik sy memang beli byk pregnancy test tu..so bleh la test byk kali....pagi..tengah hari..petang...sy test sume double line....seronok yang tidak terhingga...


Sabtu, 3 Ogos 2013

~key-sah saya-tanda awal pregnant~


tanda2 awal pregnant bagi saya????ermmmmm.....

yang pastinyer tanda2 awal tu bkn ader pd saya tp pd incik suami...orang slalu cakap,tanda2 awal pregnant mest kiter akn rs loya la,pening la,muntah2 la,mengidam la n macam2 lagi la....ha..sume tu memang kena kat incik suami saya....kesian incik suami....

mula tanda2 nya ms hujung bln 4 n awal bulan 5..ms tu sy sj je mls nak cek gune pregnancy test tu..bkn pe,sbb ms tu sy nk fokus pd exam semester 4..lgpun sj je mls nk cek bab sblm nie slalu cek tp satu bar jek..tu yg jd mls ckit nak cek...kiter sambung lik citer kiter,di hujung bln 4 n awal bln 5 tu, incik suami sy memang ader menunjukkan tanda2 awal sy pregnant sebab incik suami tetiba jek suka n selera mkn benda2 masam...mkn buah salak la,buah asam paya,buah kelubi..tp incik suami sy ckp,x masam pon..peliknyerrr...pdhal bl sy makan,eeeiiiiiii masam giler....pastu di awal bln 5 tu agak kesian ckit la kat incik suami...sebab loya,pening,muntah2 yang teruk gak....sampaikan ms 16 Mei ketika sambutan hari guru,suami terpaksa MC sbb demam yang teruk...sy pon x dapat nk teruskan sambutan hari guru bl keadaan incik suami mcm tu...dlm aty ader terdetik gak,maybe adiah istimewa hari guru kot..tp sy berat aty lg nak wat pregnancy test tu...

tanda awal kehamilan kat sy lak???ermmm
dl sy x suker makan burger n sate tp tetiba sy rs nak n suka sgt mkn burger n sate..tiap kali g mkn kat luar mest sy oder sate..pelik gak ms tu tp wat x tau je la...ermmm...rsnyer tu je la kot...yg lain2 tu xde sgt hehehehehe

dah tu,mcm mane sy tau sy pregnant????nant sy sambung lagi citer nie ek hehehehehe.....


~cakkkk...muncul kembali~


elo sume....

lama dh x conteng2 kat wall nie..rs malas sejak diserang malware...skrg nie sy gune mozilla je la,dh x gune chrome dh....

ape citer terkini?????

jeng..jeng...jeng......

  • pointer sem 4 hari tu meningkat lagi...epy sgt2 hehehehehe
  • sekarang nie sy dah naik semester 5..tinggal lagi 3 semester jek untuk dihabiskan....rs x sabar nak hbskan PPG neyh....
  • citer terkini yang paling best.....i'm pregnant....seronoknyerrrr......hehehehehe.....

psssttt:::citer bersambung lagi hehehehehe.....
 
 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design