elo my frenz..

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 27 Disember 2013

Menanti saat kontraksi



Antara debaran paling dinantikan oleh ibu hamil yang sudah berada di akhir kehamilan adalah sakit kontraksi. Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian merebak ke seluruh abdomen dan ibu turut mengalami sakit belakang.

Ibu digalakkan mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Sebagai contoh, 10 minit, lapan minit, lima minit dan sebagainya.

Namun, jika mengalami kontraksi palsu, jaraknya tidak tetap iaitu jarak antara kontraksi pertama ialah 10 minit kemudian dua minit dan menjadi lapan minit.

Jika kontraksi masih belum dirasakan, cuba amalan berikut:

*Makan makanan berempah. Makanan ini dikatakan baik terutama jika kehamilan anda melebihi tarikh jangkaan bersalin. Ia dapat merangsang usus yang akan mencetuskan sakit kontraksi.

*Hubungan intim. Air mani mengandungi prostaglandin. Hormon ini mempercepatkan proses kelahiran. Dalam sesetengah kes, ibu akan diberi prostaglandin sintetik untuk mencetuskan kontraksi.

*Kerap berjalan. Graviti yang berlaku sewaktu anda berjalan dapat menggalakkan kepala bayi turun dan menekan serviks. Malah dengan aktiviti berjalan, secara tidak langsung peredaran darah dan oksigen kepada bayi sangat bagus untuk dia kekal sihat sebelum dilahirkan.

*Rangsang putting. Biarkan suami anda melakukan rangsangan ini. Dengan mengurut puting payu dara, ia berupaya menghasilkan oksitosin yang dapat memulakan proses kontraksi.


sumber : https://www.facebook.com/pages/Tip2-kesihatan-khas-untuk-ibu-hamil

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...