Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Sabtu, 10 Julai 2010

latihan kawad kaki

Sabtu,10 Julai 2010-latihan kawad kaki unit beruniform...pertandingan kawad kaki antara unit beruniform akan diadakan pd 24 Julai..jd budak2 nie pun berlatih la dr sekarang..
-Tunas Puteri
-Pengakap
-Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS)



ahli yg paling sikit-Bulan Sabit Merah Malaysia
yg kaler pink tu plak Puteri Islam.

 
Cikgu Rosdi selaku Ketua Penyelaras unit Beruniform memberi arahan kepada murid2..muka serius..suara power hakhakhak


yg nie bebudak TKRS(unit aku la tu hehehe)..hrp2 tahun nie korang leh menang...lau tak,penat jek berkawad selama 2 jam tadi huhuhu



wah..bersemangat budak2 TKRS nie..tp aku pelik la,ape yg budak pengakap tu buat ek???kawad kaki ke ber 'twist' hehehe cikgu pengakap,jgn marah ek,nant kena jual hakhakhak(^_*)


latihan kawad kaki kali nie terpaksa digabungkan bersama dgn pengakap...saje je gabung,nak memeriahkan suasana hehehehe

Rabu, 7 Julai 2010

PenYesaLan...

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita

ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda

bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini

hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu

kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai,

maka hargailah dia, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja. Jangan

tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan

menyesal sebegitu sahaja..



Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan

peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau

mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir

atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita..


Jumaat, 2 Julai 2010

makanan sedap(^_*)

hr nie aku nk kongsi mkanan sedap..best gak lau tgk gmbar makanan nie...apatah lagi time perut lapar,pehhh..rs cam nk terus g kdai makan...gmbar2 makanan nie sume aku ambik dr fb kwn aku...mekacih ye my frenz..(^_*)

yg nie..ikan patin gulai tempoyak(tp empunyer gambar nie ckp asam pedas tempoyak patin)hehehe aku pun x th..main bantai jek sbb bkn aku yg masak(^_*) makanan nie mmg glamer kat temerloh,pahang..tp lau nk mkn menu nie kat area temerloh kena ati2 la jgn tsalah kedai bab ader kedai yg jual gulai ikan patin nie mahal gilerr..

yang nie plak mee kari...aku mmg minat giler mkn mee kari..tp aku x suka lau mee kari letak tauge bab aku x suka taugeh hehehehehe

yg nie tomyam..dah lama x mkn tomyam...nampak sungguh menyelerakan..nyum..nyum..

mee ape nie???ni la mee fucian.mcm mee goreng basah jek tp gune mee kasar..yummy..yummy...

nasi ayam....ayam nampak sedap tp taugeh????aku x suke hehehehe

KFC makanan peberet adik aku-iza yunda....thn nie aku ngan adk aku sambut besday mkn KFC...memandangkan besday ktorg pun lam bln yg sama 10 Mei ngan 16 Mei...

yg nie plak 3 layer tea...nampak macam sedap....mmg sedap pun hehehehe tp kwn aku ckp,bl dh kacau2 dh x nampak pun 3 layer tea tu(mmg la,lau dh kacau mmg ilang hehehehe)

Rabu, 30 Jun 2010

~SuaRa Ku BerHarap~

 di sini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi

aku tanpamu, masih tanpamu



bila esok hari datang lagi

ku coba tuk hadapi semua ini

meski tanpamu oooh meski tanpamu

bila aku dapat bintang yang berpijar

mentari yang tenang bersamaku disini

ku dapat tertawa menangis merenung

di tempat ini aku bertahan

suara dengarkanlah aku

apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

apakah aku slalu dihatinya

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya

kalau ku masih tetap disini

ku lewati semua yang terjadi

aku menunggumu oowhh, aku menunggu

suara dengarkanlah aku

apa kabarnya pujaan hatiku

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

apakah aku ada dihatinya

aku di sini menunggunya

masih berharap di dalam hatinya

suara dengarkanlah aku

Selasa, 29 Jun 2010

Minum MILO anda jadi sihat dan kuat....

hari nie selori Milo datang kat sekolah aku...biasa la,tiap tahun mest dpt rasa punyer minum air milo free..dulu ingtkan zmn kecik2 jek dpt minum milo free,dh beso x pat dh..rupenyer dh beso2 pun msh dpt lg minum milo free...best woo...tu la untungnyer jd cikgu hikhikhik

mari..beratur..beratur...


cikgu2 pun tgh tunggu giliran nk minum gak (^_^)


cikgu Hj Sulaiman jd GB jap hr nie hehehe


cikgu Hj Sulaiman,Dato K n cikgu Sharil sedang leka memerhatikan budak milo(^_^)

wahh..kak enna pun tumpang secawan nampak(nak air secawan)(^_*)...uiksss cikgu shahril,samp penuh milo lam mulut ek hehehe


adushhh...tangan sape la plak yg menghalang penglihatanku ini....


posing jap..hakhakhak..kak as sedang membawa askar2 beliau untuk menambahkan tenaga sebelum pergi berperang...hehehehe(^_*)

Rabu, 23 Jun 2010

janGaN..

Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.

Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.

Jangan jadi terlalu 'sweet' saya mungkin jatuh hati kepada awak.

Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia..



Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian

daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa

pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan

sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.

Masa akan menentukan segala-galanya.

 Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali.

Kembali pada kamu selamanya..


Isnin, 21 Jun 2010

SelaMat HAri Bapa..(versi semelai)

selamat hari bapa untuk bapak ent A Daud a/k Pak Hitam...semoga bapak sentiasa keloch keadaan me sihat..terima kasih bapak sebab loch menjaga ent dr ket sampai thei...bapak bersusah payah reng duit utk hakgik yek semberoh pelajaran sampai semberoh kenon bapak khom pelajaran rom kerjak me elok...memong rei pengorbanan me bapak poi untuk raktheikan yek...ent seder lagik,bapak bersusah payah reng sekolah untuk yek masa pinah dr perak ke pahang..bapak ulang alik temerloh,mengkarak,bera untuk reng sekolah untuk yek end..me paling ent seder,kenangan pahit masa key bapak lent antat ent yot tet asrama ABS ms tingkatan 1..masa key hea terbabas rom motor hek terong 'nagak mengulur' terong ga tet temerloh key sbb dak minyak tercurah hak terong..wpun nyih yok bapak tetap nya antat ent yot tet asrama...ent len mintak maaf hak bapak mengkak selama nok ent rei poi salah hak bapak..ent khek,ent nok kenon me agak2 degil sikit(sikit ka hikhikhik) yok bapak tetap sayangkan ent...ent sayang bapak ent....selamat hari bapa......

Khamis, 20 Mei 2010

Guru Malaysia

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putera puteri Negara kita

Pada seri paduka

Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita

Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan

Kami tetap bersama

Membantu…membina

Negara yang tercinta

Amanah yang diberi

Kami tak persiakan

Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Khamis, 13 Mei 2010

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah

Walaupun sukar bakti ku curah

Demi mu ibu pertiwi

Sumpah ku lafaz janji ku kota

Berikrar eratkan bangsa

Kukuhkan cinta kepada Negara

Berjasa terus berjasa

Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara bangsa

Gagah perjuangkan visi Negara

Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa

Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara bangsa

Tetap unggul senadakan suara

Sehaluan menggapai matlamatnya

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Isnin, 10 Mei 2010

selamat hari ibu....

mak saya HEBAT,

membasuh pakaian mengalahkan mesin basuh,

menyapu rumah mengalahkan vacuum,

memasak mngalahkn chef,

menjaga kesihatan kami mengalahkan doktor,

menjaga keselamatan kami mengalahkan Safety Officer,

mendidik kami mengalahkan profesor,

lebih kaya dari bank (minta duit xpnah xbagi walopon singgit),

pukul kami sebab sayang,

marah kami sebab xnak kami buat salah,

MAK anugerah paling berharga buat kami,anak-anak MAK,

MAK HEBAT!! MAK SAYA HEBAT!!



SAYA SAYANG MAK SAYA!!

Selasa, 27 April 2010

LoVe iS......

Sepasang suami isteri berjalan



di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereke berhenti di sebuah


bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si


suami.



Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?



Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!



Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.



Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa


abang memang cintakan Sayang!



Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya..



Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"



Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.

Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.



Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang

disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

Surat tersebut berbunyi begini :



"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintaimu..sekarang bolehkah


engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika


disebabkan senyuman aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau


tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.Jika disebabkan


setiap langkah aku mencintaimu..sekarang bolehkah engkau melangkah?


Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika cinta memerlukan


sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintaimu lagi.


Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintaimu dulu, kini,


selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik


dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu.. ia


boleh dirasai."
 
 
*aku ambik citer nie dr kwn aku lam fb dia..mekacih ek FMM..

Isnin, 19 April 2010

Think about this for a minute..



If I happened to show up on your door step crying,

Would you Care?





If I called you and asked you to pick me up because something Happened,

Would you come?





If I had one day left, to live my life;

Would you be part of That last day?





If I needed a shoulder

to cry on,

Would you give me Yours?

Isnin, 5 April 2010

Rabu, 31 Mac 2010

rindu kat korang..

masa nie aktiviti GERKO Olahraga..ms Sem 5



jamuan perpisahan masa Sem 5



sahabat baik ku...Angah n CheQnaa..

Jumaat, 5 Mac 2010

Personaliti Berasaskan Tarikh Lahir/ Ketahui Pasangan Anda

elo...ha..yang nie pun aku dapat dr facebook gak....lau semalam aku citer pasal bulan kelahiran,hari ni plak aku nak citer pasal tarikh lahir plak..lau ader yg sama tarikh lahir ngan aku,bleh la baca2 n renung2kan hehehehe

aku lahir pada 16 Mei 1983..16 Mei merupakan Hari Guru..agaknyer memang aku nie dilahirkan untuk menjadi seorang guru kan..bertuah aku..hehehehe...Mereka yang lahir pada 16 Mei mewakili nombor 7..nombor agak2 bagus gak nie...plat kete n handset aku bermula ngan nombor 7..memang ngam ar...hehehe



berikut ialah ciri-ciri mereka yang lahir pada 16 Mei :

Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagiaan diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi,anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah nombor 2.

Khamis, 4 Mac 2010

analisis kasih sayang berdasarkan bulan kelahiran


elo...elo...ha..analisis kasih sayang nie aku dapat kat facebook...bagi sape2 yg lahir lam bulan Mei,sama2 la kita tgk analisis kasih sayang kita ek...


Watie Oyuki lahir di bulan Mei.Berikut ini adalah analisis kasih sayangnya


:Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Baik dan jujur dalam perhubungan.Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄






Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ : Mudah untuk di pujuk.Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄




Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ: Pilihan yang tepat dalam berpasangan.Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄










Selasa, 2 Mac 2010

Dah 5 tahun dh????

sedar tak sedar dah 5 tahun rupanyer aku kawan ngan dia.....sape dia tu??? x perlu la aku kenalkan lagi...kihkihkihkih.....
kitaorg kawan jarak jauh je....kami berkawan baik tau...bkn kekasih gelapku or kekasih terangku..juz a friend... hakhakhakhak




issshhhh...ape la yg aku merepek nie ek..tetiba jiwangzzz la plak...adussshhhh geli jek....k la,dari aku terus merepek jek,baik aku out...aku sj je merepek2 nie sbb dah lama aku x post n3 baru lam nie...sekali post,merepek2 da..k la..papaiii...

Jumaat, 29 Januari 2010

berkabung...

Peraturan berkabung, orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.Bagi lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam. Bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.










 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design