Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 17 Disember 2017

Dulu ber 4 sekarang ber 5๐Ÿ˜™๐Ÿ˜š๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜—

Hola...lama x bersiaran....
Perkembangan terkini....
Kami sekarang dah berlima...
Lahirnya pejuang bangsa perwira negara
26 Ogos 2017
Sabtu
Boy
3.25 kg
Hospital Jempol
Negeri sembilan
Fayyadh Zayyan

Rabu, 1 Februari 2017

permata hati-my soul's

Firas Rayyan
Nur Firzanah Iyazi


Quality time - Bukit Tinggi/Berjaya Hills

hola...bersua kembali...
kami ni bukan la kaki jalan tapi ade masa dan ketika nyer 'ter' jalan2...hehehe 
nie citer tahun lepas bjalan ke bukit tinggi..
tak rancang pon nak ke sana..
tetiba jek terlepas ke sane hehehehe





Isnin, 14 November 2016

Hujan owh hujan


Musim hujan dah tiba.....
harap2 kampung tak banjir...
Lau banjir,payah la nak berulang g sekolah...

hujan itu rahmat...
syukur selalu...


Rabu, 17 Ogos 2016

Upin Ipin vs Ultraman





kartun kegemaran my hero..
firas rayyan...
mula2 dulu suka layan upin ipin...
tp tetiba upin ipin blakon dengan ultraman x pasal2 firas pon terjebak minat ultrman mcm darwisy n harraz.....
bila g kedai jek mest dok mncari ultraman jek...
boleh parok lau melayannyer...
'adoyaiiii....

Isnin, 15 Ogos 2016

pocoyo-kegemaran iyazi


pocoyo-dance off....

permata hati saya suka sangat layan pocoyo ni.,...
bila dh habis dia akan minta untuk ulang lagi..dan lagi..dan lagi..dan lagi....sampai la dia bosdan....

dulu firas rayyan pon suka gak dgn pocoyo dance off ni


Sabtu, 13 Ogos 2016

katarak+cermin mata


selepas selesai operate buang katarak kat mata hr tu, Nur Firzanah Iyazi kena pakai cermin mata plak...boleh tahan gak harga nak wat cermin mata tu sbb power tinggi...tu yang mahal...

selain pakai cermin mata tu, kena wat gak rangsangan mata dia...contohnyer rangsang dengan objek kecil yang berwarna warni...flash card garis tebal-garis nipis...cahaya lampu....

selepas operate hari tu boleh nampak banyak perubahan pada Nur Firzanah Iyazi.,... Disebabkan perkembangan yang positif, kami tak perlu berulang-alik follow up kat HKL dah..skrg follow up kat HoSHAS je....

syukur...semoga mata anak ibu akan semakin positif..pasni tak perlu pakai cermin mata dah...mudah2an mcm tu la....

Khamis, 26 Mei 2016

Pengalaman Berharga


Noorjahan binti Sultan
Guru Prasekolah 
SK Indera Mahkota Utama
Kuantan Pahang.

TOP 50 FINALIST
GLOBAL TEACHER PRIZE

wahhhhh.......
hebat kan beliau....

Rabu 25 Mei 2016
kami berpeluang berkursus dengan Cikgu Noorjahan tentang "Let's Rhyme".
memang satu pengalaman yang sangat berharga dan sangat bermakna.

Isnin, 23 Mei 2016

Pembedahan mata kiri


Rabu  16 Mac 2016
Wad 17 Oftalmologi
Hospital Kuala Lumpur

Pembedahan membuang katarak dan memasang kanta mata kiri

setelah selesai membuang katarak n memasang kanta mata sebelah kanan hari Isnin tu, sekali lagi Nur Firzanah Iyazi akan masuk ke OT untuk pembedahan mata sebelah kiri plak.
pembedahan mata sebelah kiri berjalan dengan lancar..
pembedahan mata kiri xde la mengambil masa yg lama mcm mata kanan hari tu...
dlm sejam dh siap dh operate nyer....
habis je operate, nurse panggil untuk pegang Firzanah..
masa pegang tu dia meronta2 gak..
mungkin sakit kot..
doktor pon terus cucuk ubat thn sakit pastu br la adk tak meronta2..
lepas tu terus masuk wad..
dalam wad tu Firzanah terus tido..
mungkin sebab doktor dh bagi ubat tahan sakit tu yang dia ok jek..

semoga Nur Firzanah Iyazi akan terus kuat...

favourite movie my lovely hero



toy story 3....
setiap malam sebelum tido, my hero Firas Rayyan akan layan citer nie sampai la dia tetido..
lau cite ni habis sblm dia tido, dia akan mintak ulang lagi sekali sampai la dia tido

sebab citer nie la, ibunyer terjebak untuk membeli toys c Buzz Lightyear kat bundle toys...
memang x rugi membeli sebab masih berfungsi lagi walaupun bundle toys....
thanx bebanyak kat cikgu Hasanah yg jual toys nie...

so skrg ni tiap kali Firas layan citer Toy Story 3 nie dia mest nak Buzz Lightyear tu tgk skali ngan dia....
hahahahahaha......

Khamis, 19 Mei 2016

16 Mei



16 mei




pembedahan mata kanan


Isnin 14 Mac 2016
Wad 17 Oftalmologi
Hospital Kuala Lumpur

Pembedahan membuang katarak dan memasang kanta mata kanan

pembedahan mata kanan untuk membuang katarak kat mata Nur Firzanah Iyazi.
pembedahan berjalan lancar.
pembedahan yang pertama ni agak lama gak..
puas gak menunggu kat ruangan menunggu...
keluar je dari OT terus balik ke wad.
sampai kat wad tetiba Firzanah Iyazi mengamuk mungkin sebab sakit.
badan dia dari cerah tu bertukar jadi merah dan gelap.
nasib baik ader ibu kpd seorang patient kat depan tu tolong dia cakap bagi jek ubat tahan sakit tu..
nanti akan okey ckit...
pastu lau rasa mcm panas badan dia,tuam je dgn kain basah.
lepas bg ubat tahan sakit tu barulah Firzanah Iyazi ok dan terus tidur.
kesian tgk keadaan dia..
nasib baik la Firzanah Iyazi kuat...
sebab selang sehari lepas tu Firzanah Iyazi akan menjalani pembedahan mata kiri pula...

ok..nant sy akan sambung plak tentang pembedahan mata kiri ok...

Hanset pecah skrin


sedih rasa...
hanset pecah skrin sehari sebelum bestday....
mohon hanset baru la tu 
huhuhuhu....

dari 15 mei sampai ke hari ni x dpt la nak on9 bukak wsap or fb....
x dpt la nk bls wsap n yg org wish lam fb..
sori ye kengkawan sume.....


Selasa, 8 Mac 2016

debaran


berdebar-debar...
itu yang boleh dikatakan sepanjang minggu ni...
nape?????
sebab minggu depan permata hati ibu dan abah akan menjalani pembedahan membuang katarak kat mata....seminggu la dok check in kat HKL.....berdebarnyer.....
minggu ni juga ibu kna jaga kesihatan adik betul2 supaya adik sentiasa sihat sebab kalau minggu ni tak sihat,pembedahan akan tertangguh lagi....
mudah2an pembedahan nanti berjalan dengan lancar...


Jumaat, 26 Februari 2016

welcome 2016


welcome 2016...
hahahhahaahaha...
dah masuk bulan Februari baru nak welcome...punye la malas a.k.a xde masa a.k.a buzy dan sebagainyer nk update blog.....
hahahahhahahaha
pasni nant nak cuba try test untuk rajin menulis blog 
huhuhuhuhu

Khamis, 29 Oktober 2015

Macam Bagus sangat....


wachaaaaa..............
saya rasa nak terajang beliau seperti ini....

kata orang...cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar...
ini tak...main terjah jek...mulut sesuka ati jek nak berkata-kata....mulut kolam indah water....kolam indah water tu lagi bagus dr beliau kot...

kisahnyer begini........
perhimpunan pagi x jadi bab ader exam akhir tahun..so bebudak cume beratur di tempat beratur selasa-jumaat....beliau ni bagus sgt la bagi nasihat ke bebudak nie supaya jawab exam betul-betul jangan main-main sebab result akhir tahun ni akan dihantar ke PPD...
(bab yang ni saya setuju la...mmg bagus)
tapiiiii.....
kata-kata beliau yang seterusnya tu yang menyakitkan hati....
ermmm..nak citer ke tak...
malas la..lau citer mmg rsnyer org lain yang baca pon akn sakit ati sbb nampak mcm rasis sgt....
kang nampak plak perkaumannyer...
lau dah mmg ank murid beliau tu base be.....
xyah la nk dibandingkan ngan bangsa lain...cube lau saya wat pbandingan gitu gak...agak2 ko sakit aty x????
base be punyer beliau.....


Ahad, 25 Oktober 2015

Peranan Ibubapa-Katarak Kongenital

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak berjumpa doktor pakar mata sekiranya mengalami gejala seperti yang dinyatakan di atas. Penyakit katarak kongenital boleh dirawat dan tidak seharusnya dibiarkan sehingga menyebabkan pesakit menjadi buta.

Rawatan awal amat penting bagi membolehkan pesakit mempunyai keupayaan melihat yang baik dan jelas sepanjang pembesaran mereka dan apabila dewasa kelak. Budaya 'tunggu dulu' dan 'tidak apa' juga perlu dikikis dari masyarakat kita. Anak-anak kita berhak membesar dengan penuh keriangan dan keceriaan.

Oleh itu, janganlah kita sebagai ibu bapa membiarkan mereka membesar dalam dunia yang penuh kegelapan.

Salah Anggapan Masyarakat tentang Katarak Kongenital

Masyarakat kita biasanya mempunyai tanggapan yang salah mengenal penyakit katarak kongenital. Antaranya ialah:
  • Pembedahan katarak menyebabkan mata buta
  • Tunggu hingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu sebelum diberi rawatan atau pembedahan
  • Tiada rawatan yang khusus untuk merawat penyakit ini
Anggapan bahawa pembedahan katarak menyebabkan mata menjadi buta adalah salah sama sekali. Pembedahan katarak boleh mengembalikan penglihatan pesakit ke tahap yang lebih baik dan ia perlu dilakukan seawal selepas diagnosis dibuat.

Sekiranya pembedahan dibuat selepas pesakit menunjukkan tanda-tanda ambylopia, keupayaan melihat pesakit bukan lagi berada pada tahap yang maksimum.

Pesakit mungkin perlu menjalani rawatan lanjut bagi rnengatasi masalah amblyopia. Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu juga perlu dihindari sebelum pesakit mencapai tahap amblyopia dan keupayaan melihat yang terhad ini akan berkekalan sepanjang mereka membesar sehingga dewasa. Keadaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya pesakit turut tidak menjalani sebarang rawatan untuk masalah amblyopia.

Penyakit katarak kongenital kini boleh dirawat menggunakan cara rawatan dan teknologi moden. Anggapan bahawa tiada rawatan khusus untuk penyakit ini adalah amat tidak tepat. Rawatan ini disediakan oleh semua hospital kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran dalam bidang oftalmologi di seluruh Malaysia.

Kaedah Rawatan Katarak Kongenital

Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang serius pula mungkin perlu menjalani pembedahan.

Bagi pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang minimum pula, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan pakar mata secara berkala bagi memastikan keupayaan penglihatan berada pada tahap yang memuaskan.

Pembedahan katarak perlu dilakukan pada peringkat awal bagi mengelakkan risiko pesakit menjadi buta. Kanta mata tiruan juga mungkin perlu dimasukkan ke dalam mata semasa pembedahan bagi menggantikan kanta mata asli yang telah bertukar menjadi keruh. Antara pilihan selain pembedahan ialah kanta sentuh atau cermin mata bagi menggantikan fungsi kanta mata asal.

Kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan katarak juga akan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pakar mata dari semasa ke semasa. Perkara ini penting bagi memastikan pesakit dapat melihat dengan baik selepas pembedahan.
 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design