03 Mei 2009 AHAD
aku masuk wad Kenanga kat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh pada pukul 9.30 pagi. aku sampai-sampai jek dorang terus timbang berat dan ambik darah aku. sakit ar masa doktor tu ambik darah sebab tersalah cucuk darah tak kuar.
petang tu family aku datang. hanya adik aku yang temankan aku kat hospital tu. dia sanggup cuti sekolah semata-mata nak jaga aku. aku memang sayang giler ar kat adik aku nie... ...
malam tu nurse bagi aku makan ubat untuk operation esok. nurse pesan kat aku supaya puasa. pas telan ubat tu aku terus tido...tak sangka plak malam tu adik aku tak pat tido. biasa ar kat hospital...macam-macam ada.....
04 Mei 2009 Isnin
aku kena bangun awal sebab doktor cakap operation aku waktu pagi. aku kena salin baju,kena pakai baju untuk operation warna putih. sekali pakai macam orang........hehehe sementara tunggu nurse panggil ke bilik operation,sempat gak aku melelapkan mata. dalam kul 9 lebih,nurse2 pun datang untuk membawa aku ke bilik operation. dorang naikkan aku atas katil beroda pastu memang laju giler ar dorang bawak aku ke bilik operation. aku dibawa ke bilik pembedahan dan diberi ubat bius. pastu aku tak sedar ape2 dah.aku start dioperation kul 10 pagi dan berakhir kul 12 tengah hari. tapi memandangkan badan aku nie lemah ngan ubat bius tu,aku sedar semula dalam kul 2 petang. cian aku...orang yang operation selepas aku tu dah sedar tapi aku tak sedar.... sepanjang aku kena operation tu, cian adik aku...dia menangis dan mula rasa takut sebab orang yang dibedah pas aku dah kuar dari bilik operation tapi aku tak kuar2. dia mula telefon family suruh datang cepat."datang la cepat, kakak tak kuar2 lagi nie. kakak mati ke?" cian adik aku....bila aku dah sedar,aku dihantar semula ke wad Kenanga. setiap 10 minit nurse akan datang mengambil tekanan darah aku sebab lepas operate tekanan darah aku tak menentu...dah la aku asyik muntah-muntah jek pas operate tu..muntah darah jek..
05 Mei 2009 selasa
pagi tu doktor pakar datang cek aku. dia memaklumkan gigi aku sebelah kanan lambat sikit sembuh sebab masa operate tu gigi aku dekat ngat dengan urat saraf.jadi akan makan masa sikit nak sembuh.aku dibenarkan pulang selepas keadaan aku semakin ok sejak malam tadi. tapi aku masih tak boleh makan makanan yang keras. aku kena makan bubur(makanan yang paling aku tak suka).terima kasih buat semua warga Wad Kenanga HoSHAS di atas layanan baik anda semua.... pas aku kuar wad tu,aku rasa kesian kat adik aku. balik rumah pun dia termimpi-mimpi lagi.tiap malam dia asyik menangis-nangis je lam mimpi...cian adik aku....
0 000 yang rajin menaip:
Catat Ulasan
korang memang rajin menaip..terbaeekk..