Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 18 Ogos 2013

~bila nak bayar hutang?~





sakit aty kan biler org pndai pinjam duit kiter tp x reti2 nak bayar balik...

ader la sorg kwn sy nie,pnjam duit sy..mmg la x banyak pon...kiter nie kesiankan dia sbb dia ckp dia nak byr kete dia bab bulan tu x dpt nak byr...sbb bln tu dia byk kena outstation n kna gune duit byk sbb tu x dpt nk byr duit kete dia...kiter nie sbb kwn dlm kesusahan kita tlg la dia..dia janji dia akn byr sikit2...ok la x kisah pon....tp skrg nie dh setahun dia pnjam duit sy,msh x byr2 lagi wpun sikit...kononnyer dl ckp nak byr ckit2...tp sampai skrg lgsung x bayar..

bukan jek x bayar,kiter msg dia pon dia buat x tau jek...kdang2 rs nak mention jek nama dia kat wall fb tu bia dia ingt sikit yg dia ader utang ngan kita tp kita xla sekejam tu lagi..kita sedar awk tu kakitangan kerajaan..nant lau sy wat camtu,teruk la awk sbb bos awk ader lam frenz list sy...

yg kita rs sakit aty lg tu, dia beli hset mahal,beli motor,beli kamera,mampu sgt...tp xkan la bayar utang sy nie langsung x bleh???dah la tu,byk kali dh kakitangan kerajaan nie dpt bonus n kenaikan gaji..xkan x ingt nak byr utang kot...ingat la sikit,org lain pon ader ms susah jugak tau..bukan awk sorg jek....

org yg pnjam duit sy nie dia seorg kakitangan kerajaan..kerja plak kat jabatan yang kononnyer membantu masyarakat la...tp,dia sendiri yg menipu masyarakat sendiri....ader jugak org mcm nie..teruk betul..

sampai skrg rs dh buntu dh mcm mana caranya nak minta balik duit kita tu...agknyer sy mmg patut bgtahu kat bos dia kot xpun mention jek nama dia lam fb...bia dia ingt sikit nak bayar...

psstt : biler org dh percaya kat awk,jgn la mengkhianati kepercayaan org....bila skali org x pcaya dh,selama-lamanyer org xkan percaya..remember..what u did, u get back....

Sabtu, 17 Ogos 2013

~pregnant berapa bulan?~



"ngandung dh bpe bulan???"
 
soklan yang biasa ditanya apabila kita mengandung...
jawapan saya....

"entah la..sy pon x tau...ms sy preg lam 16 week tu dokt ader scan..pastu doct cakap saiz baby mcm bkn 16week tp mcm 13week jek..."

org yg btanya pon akn bertanya lagi....

"aik...xkan x tau kot..kira dr last period tu la.."

hangin gak biler dgr org ckp mcm tu..mcm la kiter nie x tau nak kira kan..n mcm la nurse yg wat buku dl x tau kira kan....hampeh punyer soklan....
tp sy jwb semula lam ayat yg penuh sopan santun wpun lam aty rs mao marah...

"sy nie jenis period x teratur..dr sebelum kwen lg sy mmg period x teratur..kdg2 dua bulan sekali period...bkn period tiap2 bulan...sbb tu yg menjadi kemungkinan kiraan kehamilan tu jd x betul sbb kira dr last sy period bln 3...."

oooooooooooooooooo.....mcm tu...
puas aty kan....
xpe la..minggu depan nie..20/08/2013 nie dokt akn scan lagi utk mengenalpasti sy preg bpe minggu dah...x sabar rasanyer....

lepas nie baru la sambung semula aktiviti kira mengira minggu pembesaran baby lam perut nie...

Khamis, 15 Ogos 2013

~Asal Usul Suku Kaum SEMELAI~

 SEMELAI????
saya la tu..sy merupakan orang asli suku kaum semelai....dok best2 mengusha "orang asli semelai" kat mizz google,tetiba sy terjumpa lak artikel nie..agk menarik..so sy sj nk kongsikan lam blog sy..memandangkan nie pon asal usul suku kaum sy sendiri...cume berita nie dh lama dh..bab penulis berita nie pon tulis ms tahun 1998...skrg nie perkampungan org asli semelai dh berubah dh..ape2 pon,mari kiter sama2 membaca ye....

sumber : Utusan Online
Arkib : 24/05/1998

SEMELAI bunyinya seperti sejenis tumbuhan atau mungkin salah satu seni budaya sukuan etnik tempatan. Tetapi ia sebenarnya tidak ada kaitan dengan kedua-dua perkara tersebut. Sebaliknya Semelai adalah nama salah satu suku kaum dalam pecahan kumpulan masyarakat Orang Asli Melayu - Proto.
Asal-usul kaum Semelai ini pula dikatakan wujud hasil gabungan dua pasangan bersaudara dari kelompok suku Temoq dan Semaq Beri yang terselamat daripada serangan buas seekor harimau yang digelar Petaling Juntai.
Dua saudara lelaki Temoq (Sitam dan Siler) serta dua adik-beradik wanita Semaq Beri (Itang dan Iler) ditakdirkan bertemu ketika kedua-dua bersaudara itu bersembunyi daripada serangan Petaling Juntai di pondok sebuah kampung pinggir Sungai Serting.
Namun, kedua pasangan adik-beradik berkenaan kemudian mengahwini satu sama lain dan hidup berkeluarga setelah mereka berjaya memerangkap dan membunuh Petaling Juntai.
Dari situ, wujudlah kelompok suku kaum Semelai yang hidup mereka kini tinggal bertaburan di sekitar kawasan Tasik Bera dalam daerah Temerloh di Pahang, yang jauh tersisih dari pembangunan dan kemajuan moden.
Mengikut perangkaan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pula, kaum Semelai kini berjumlah sekitar 1,260 orang yang melibatkan 238 keluarga. Program Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) yang dikendalikan oleh JHEOA bagaimanapun telah menghimpunkan mereka dalam satu kawasan khas dalam zon penempatan dan perlindungan Orang Asli di bawah projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera kelolaan kerajaan negeri Pahang melalui perunding profesional dari Wetlands International.
Jika anda menghilir atau menyusuri Sungai Bera dari jeti Bera ke kawasan tasik, pasti akan terjumpa pondok bertiang tinggi di tengah-tengah atau di tebing sungai yang berserabut dengan tali dan jaring yang dinamakan tapuk dan jermai.
Tapuk merupakan pondok kecil yang dibina di tengah-tengah sungai manakala jermai pondok yang dibina di tebing sungai bagi tujuan menangkap ikan.
Pondok-pondok berkenaan bertindak sebagai tempat menyokong jaring atau pukat yang dipasang di permukaan sungai. Kedua-dua peralatan menangkap ikan itu antara pengenalan mengenai corak hidup suku kaum Semelai untuk menampung anggota keluarga.
Ikan-ikan yang menjadi habuan suku Semelai melalui pemasangan tapuk dan jermai termasuklah lampam, toman, tapah, kelah, sebarau, tenggalan dan jelawat.
Tetapi operasi penangkapan ikan menggunakan peralatan tradisi Semelai ini hanya dihadkan kepada mereka yang mendapat lesen daripada Jabatan Perikanan sahaja. Ini bertujuan untuk mengelak kepupusan sumber ikan di sungai dan Tasik Bera.
Meskipun tersisih dari kemodenan, pembangunan moral dan pendidikan kaum Semelai tidak pernah terabai. Sekolah Kebangsaan Iskandar yang mempunyai lapan kelas dari tahun satu hingga lima beroperasi sejak tahun 1996 dengan 14 tenaga pengajar adalah bukti keprihatinan kerajaan untuk masyarakat itu.
Sesetengah daripada anak-anak Semelai ini pula dihantar ke sekolah Sungai Dua di Bentong, Karak atau di Bahau, Negeri Sembilan. Malah, sehingga kini tiga anak kaum Semelai telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi .
Manakala kelaziman menjadikan sumber hutan dan hidupan air sebagai sumber kehidupan juga sudah berkurangan. Sebaliknya mereka telah memiliki sumber pencarian tetap yang lebih terjamin sama ada menoreh getah mahupun kerja-kerja di ladang kelapa sawit.
Sementara pemilihan Tasik Bera sebagai kawasan tanah lembap berkepentingan antarabangsa di bawah Konvensyen Ramsar yang dikendalikan oleh Wetlands International melalui Projek Pengurusan Bersepadu Tasik Bera sejak tahun 1994 pula membuka satu lagi sumber pendapatan untuk kaum Semelai.
Melalui projek bersepadu ke arah mengekalkan kepentingan alam semula jadi dan tanah lembap, Tasik Bera turut menjadi destinasi dalam perkembangan ekonomi pelancongan asli kepada pengunjung dan pencinta alam.
Ini menjadikan kepentingan Tasik Bera dan kekayaan sumbernya dapat dieksploitasi sama untuk keperluan kaum Semelai sebagai daya tarikan pelancong.
Sekali gus membentuk dan menghidupkan semula kerja kraftangan wanita Semelai seperti anyaman bakul dan tikar di samping peralatan memburu oleh kaum lelaki sebagai sumber pendapatan bagi penghasilan tambahan yang mampu menampung kehidupan.
Sementara itu kemahiran kaum Semelai terhadap selok-belok laluan Tasik Bera pula memberi tugas penting sebagai jurupandu melalui penyediaan perkhidmatan bot berkuasa rendah untuk membawa pelancong menikmati kesegaran tasik.
Selain itu, kekayaan budaya tradisi Semelai juga turut menjadi agenda untuk mencorakkan kehidupan baru selaras dengan perkembangan Tasik Bera sebagai salah satu pusat kegiatan ekopelancongan setempat.
Amalan adat pepatih dengan melakukan tradisi berkhatan ke atas kaum lelaki sebagaimana masyarakat Melayu antara salah satu keunikan Semelai selain pelbagai seni budaya lain termasuk tarian burung buai, jambul cip-cip dan jindrai yang kini dijadikan sebagai salah satu 'menu' untuk pengunjung ke Tasik Bera.
Kini terdapat lima buah perkampungan Semelai di Tasik Bera iaitu Kampung Putat, Baapak, Gau, Jelawat dan Lengut atau Kuin yang mula menerima kemasukan arus kemajuan pembangunan. - Oleh WAN RAHIMAH WAN DRAMAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htm#ixzz2c2GWAyRP 
© Utusan Melayu (M) Bhd

Rabu, 14 Ogos 2013

~ Pantai Penyabung, Endau ~


 cuti-cuti cuci mata.....

lokasi : Pantai Penyabung, 
           Endau 
           Johor Darul Takzim.


 





Jumaat, 9 Ogos 2013

~ i'm pregnant??~


sambungan........
camner sy tau sy pregnant???
hehehehehe

masa cuti sekolah bln 5 hari tu,abg sy yg dok selangor tu balik kg...kakak ipar sy ckp la yg dia dh ngandung...wahhhhh bestnyerrrr......dah 8 tahun dorg tgu utk dapat ank kedua,akhirnyer berhasil gak...nie N3 akak ipar sy kat blognyer...klik disini.....

sy pun biler dgr citer akak ipar sy tu,sy terus jd excited..terus terfikir nak test ader sangkut ke tak....esoknyer,awal2 pg buta kul 6.00 pagi sy test....
jeng...
jeng...
jeng....
dua line....wahhhhhhh......epynyerrrr......i'm pregnant....seronok yg x terhingga....rs cam x caye...disebabkan rs x caye,sehari tu 3x sy test lagi tau..sib baik sy memang beli byk pregnancy test tu..so bleh la test byk kali....pagi..tengah hari..petang...sy test sume double line....seronok yang tidak terhingga...


Sabtu, 3 Ogos 2013

~key-sah saya-tanda awal pregnant~


tanda2 awal pregnant bagi saya????ermmmmm.....

yang pastinyer tanda2 awal tu bkn ader pd saya tp pd incik suami...orang slalu cakap,tanda2 awal pregnant mest kiter akn rs loya la,pening la,muntah2 la,mengidam la n macam2 lagi la....ha..sume tu memang kena kat incik suami saya....kesian incik suami....

mula tanda2 nya ms hujung bln 4 n awal bulan 5..ms tu sy sj je mls nak cek gune pregnancy test tu..bkn pe,sbb ms tu sy nk fokus pd exam semester 4..lgpun sj je mls nk cek bab sblm nie slalu cek tp satu bar jek..tu yg jd mls ckit nak cek...kiter sambung lik citer kiter,di hujung bln 4 n awal bln 5 tu, incik suami sy memang ader menunjukkan tanda2 awal sy pregnant sebab incik suami tetiba jek suka n selera mkn benda2 masam...mkn buah salak la,buah asam paya,buah kelubi..tp incik suami sy ckp,x masam pon..peliknyerrr...pdhal bl sy makan,eeeiiiiiii masam giler....pastu di awal bln 5 tu agak kesian ckit la kat incik suami...sebab loya,pening,muntah2 yang teruk gak....sampaikan ms 16 Mei ketika sambutan hari guru,suami terpaksa MC sbb demam yang teruk...sy pon x dapat nk teruskan sambutan hari guru bl keadaan incik suami mcm tu...dlm aty ader terdetik gak,maybe adiah istimewa hari guru kot..tp sy berat aty lg nak wat pregnancy test tu...

tanda awal kehamilan kat sy lak???ermmm
dl sy x suker makan burger n sate tp tetiba sy rs nak n suka sgt mkn burger n sate..tiap kali g mkn kat luar mest sy oder sate..pelik gak ms tu tp wat x tau je la...ermmm...rsnyer tu je la kot...yg lain2 tu xde sgt hehehehehe

dah tu,mcm mane sy tau sy pregnant????nant sy sambung lagi citer nie ek hehehehehe.....


~cakkkk...muncul kembali~


elo sume....

lama dh x conteng2 kat wall nie..rs malas sejak diserang malware...skrg nie sy gune mozilla je la,dh x gune chrome dh....

ape citer terkini?????

jeng..jeng...jeng......

  • pointer sem 4 hari tu meningkat lagi...epy sgt2 hehehehehe
  • sekarang nie sy dah naik semester 5..tinggal lagi 3 semester jek untuk dihabiskan....rs x sabar nak hbskan PPG neyh....
  • citer terkini yang paling best.....i'm pregnant....seronoknyerrrr......hehehehehe.....

psssttt:::citer bersambung lagi hehehehehe.....
 

Ahad, 14 April 2013

~Malware???owhhh tidakkk~



DANGER...MALWARE AHEAD!!!!!

hampeh tol la...dh lama sy x bukak blog last2 jd camnie...ntah ape2...
nk bukak gune google chrome mmg dh xleh tp sib baik blh bkak ngan mozilla lagi...

sakit plak aty kiter.....

Khamis, 14 Mac 2013

pemantauan dr jpnP???


get ready......

bersedia untuk ape????

PEMANTAUAN DARI JPNP

adoyaiiiiii.....meeting tadi encik PPD mengumumkan skolah2 yang akn dipantau oleh PPD dan JPNP...setiap tahun mmg ader pemantauan tu..slalunyer skolah2 yang sy pergi mest terlepas dr pemantauan tu tapi kali ni nasib tak menyebelahi saya...kelas saya bakal dibuat pemantauan oleh pihak jabatan..perrhhhh....JPN tu bukannyer PPD..lau PPD ok lg,nie JPN yg dtg...rs ketar gak telinga mendengarnyer...hukhukhuk

lepas nie saya kena sentiasa bersedia...sy kena cepat kemaskini fail n hias kelas...banyak benda yang saya terlepas pandang...sy kena buat list nie supaya xder la yang tertinggal untuk dikemaskini....

rilex...rilex....cool beb..tenangkan diri..u can do it...go oyuki go...chaiyokkkk....


Sabtu, 9 Mac 2013

baucer buku 1 malaysia

hola...
hr neyh ader tutorial ke-3...
yg best hr neyh dpt baucer buku...
lau tahun lepas dpt RM200 jek tp taon neyh dh up dah...dpt RM250 plak...bestnyerrrr....
lau dulu x tau cmner nk hbskan baucer tu sorg2 tapi kali neyh x mcm tu lagi sebab incik suami sy memang suker kedai buku...so kami boleh la habiskan baucer buku neyh bersama2 hehehehe....



Isnin, 25 Februari 2013

~Semester 4 yg blurr~

serius.....
sem neyh mmg betol2 rs blur....x tao pown ape yg dipelajari..esaimen pon rs mcm ntah ape ntah...


uissshhhh..
x boleh camnie.....

sy kena kuatkan semangat...teruskan berusaha..kna maintain n naikkan pointer sbb dengar citer sape dpt pointer yg cemerlang x payah temuduga ms nak naik DG nant....penting tu...mls mao tmuduga2 neyh....

hrp2 sy dapat la maintain kan pointer skrg neyh...hrp2 makin naik la pointer sem neyh...



Sabtu, 23 Februari 2013

gambar instaplace

hola...
hr tu ader donlod instagram tp sy neyh x suke ngat ambik gmbar2 sendiri or gmbar org so x minat sgt la..pastu tetiba ternampak instaplace..wahhh mcm menarik..donlod gak...memang best..ambik gambar pemandangan pastu ader kuar nama tempat lak...mmg best ar..nie la antara hasil gmbar yg sy instaplace kan...hehehehe

sarapan pagi dengan incik suami...

pemandangan dari balkoni

sireh pinang dan org asli mmg x dapat dipisahkan kikikikikikiki


Ahad, 13 Januari 2013

~ adk beradik susu ~

hola...tgk gelagat budak berdua neyh..dorg nie adk beradik susu(betol rsnyer hehehe)...
sorg mata bulat sorg lg mata sepet hehehe 

adik mulat mcm nk tdo jek

cayunk nyer adk kat abg ek...

awish tetap cayunx kat biskut dia

ibu...tgk la kami...

awish wat mata bulat la kikikiki..

n3 1 4 2013

hr ke-13 br teringat mao update status n wish epy new year kikikikikiki


Khamis, 27 Disember 2012

~main salji d i-city~

cuti sekolah sempat lg g main salji...kebetulan ms tu g umah abg sy kat kuarters polis S23 shah alam..dh alang2 ke sana,kami pon menjengah la ke i-city jap....try la jugak masuk ke snowalk tu..nak tgk,best ke tak antara i-city n snow world genting...bg sy best lg snow world genting..sekurang2nya kat genting x kena caj kasut..neyh dah la kna bayar sewa kasut tu rm10 dah tu dpt kasut phua chu kang jek..kasut org g noreh...ape la...nampak mcm gah,tp standard kg gak..baik sy bwk kasut noreh kat kg tu lg bagus...oppppssss....



dh la..mls mao citer lebih (tu pon lum citer ttg tndas kat sane lg...0 bintang)....ok la..jom layan gmbar sy main salji

hohoho...ms neyh kebal lg

shah alam...peace yo...

nk smbut krismas kat umah uncle...jemput masuk...

ape lg..jom men bola ais..

best meluncur....

ho..ho..ho...santa claus

posing d sebalik tingkap...

Jumaat, 21 Disember 2012

~berjinak-jinak dengan ikan~

hola....

skrg neyh incik suami dh mula bjinak2 dengan ikan pulak..kat umah dh ader 3 dh akuarium...nape ader sampai 3??sebab 1 akuarium tu utk ikan emas n da geng..1 lg untuk ikan keli,ikan sepat dan 1 akuarium a.k.a balang comel untuk ikan arowana...sbb tu la ader 3..mane bleh letak 1 akuarium jek..x cntik lor..

skrg nie lau balik dr ane2 jek mest incik suami akn mengadap ikan2 dulu...sayang sgt beliau ngan ikan2 tu...

ikan emas n da geng

ikan sungai


ikan arowana- upin yg punyer hehehehe

psstttt...pasni beliau ckp mao bela burung plak...ermmm...

Isnin, 17 Disember 2012

~result exam sem 3~

Hr jumaat hr tu dpt call dr Una...dia tanya dh cek lum result exam???result dh kuar dh...
perhhhh...berdebar2 nak semak keputusan tu...


nak semak ke x?rs berdebarnyerrr.....ape yg bmain di fikiran sy ms tu???adoyaiii mest kena repeat paper nie...esaimen seni mmg x yakin sgt leh dpt markah tinggi bab sy mmg x pandai bab2 melukis n menghasilkan karya neyh...cmner neyh????

kuatkan semangat..sy pon semak la keputusan....dan keputusannyer.................

KEPUTUSAN : LULUS, TERUSKAN PENGAJIAN....


perhhhhhh...mmg epy giler babas la..yg btambah babas tu bab x sangka deret 3 semester nie pointer sy menunjukkan peningkatan..tp x blh la nk bpuas hati...br semester 3..ader lg 5 semester nak dihabiskan..hrp2 pointer x teruk sgt la..yg penting lulus....

bt rakan2 PSV 2,kiter jumpa lagi di semester 4...congratz..

Khamis, 13 Disember 2012

~layan wayang -LIFE OF PI- ~

HARI : SELASA
TARIKH : 11122012
TEMPAT : EAST COST MALL KUANTAN
FILEM : LIFE OF PI

cuti sekolah neyh sempat jugak la saya ngan incik suami berjalan2 turun kuantan...bawak adikku c nieza tu g tengok wayang...mula2 c nieza cadang nk tgk citer seram...tp bl g kat sane,xder la plak citer seram..yg pelik adik sy neyh ckp la,skrg nie ader citer tamil seram d tayangkan d pawagam..dia ader tgk iklan...ktorg ckp la,xder pon citer seram..lam list tu pon xder..tp dia x caye..last2,incik suami sy pon nampak la citer LIFE OF PI...incik suami pon ckp la,ha..nie la citer tamil yg seram tu(pdhal bkn pon,sj je nk tpu adik tu kikikikiki)...pastu incik suami pon beli la tiket...


citer neyh mmg best...best sbb 3D...yg kelakar nyer citer x start lg,br tnjuk iklan jek adik sy dh terkejut dh bab ader iklan tu campak kapak,dia rs mcm kapak tu nak kena kat dia..mcm2...hahahahaha sepanjang citer tu ditayangkan ntah bpe kali ntah adik sy asyik terkejut bab mcm real jek..yg paling best ms scene kapal Pi karam sbb ribut n ombak bgelora tu adik sy blh tanggalkan cermin mata 3D tu n gelak jek kejenyer..dia x mao pakai bab dia rs mcm ngan dia2 skali dok lemas..hakhakhak....

tapi sy paling suka scene bot Pi tdampar d lautan waktu malam..mmg cantik..

cantiknyer...cahaya dr obor-obor...

ms neyh Pi tdampar kat sebuah pulau berasid
pada korg yg x tgk citer neyh, g la serbu pawagam bhampiran anda k...

Rabu, 28 November 2012

~tidak seperti dulu~


cuti sekolah.....
tak seperti dulu dah....kenape?????

kalau dulu time cuti sekolah,sepanjang cuti berada d rumah mak ayah sendiri...tapi sekarang neyh kena la pandai2 bahagi masa....separuh cuti kat umah mak ayah sendiri...separuh cuti lagi kat umah mentua...nasib baik la dua2 cikgu jadi dapat la cuti lama ckit....

masa cuti neyh incik suami sibuk nak uruskan tanah...ms neyh la nk mencari benih sawit nk tanam kat kebun incik suami...kebun incik suami msh kosong lg x tnam pape...sbb tu la sibuk mncari benih sawit...lau kebun sy lak tunggu masa jek nk kuarkan hasil...mybe tahun dpn dh blh toreh...tp kna srh org len la toreh bab sy x pndai menoreh pon hehehehee...






Khamis, 22 November 2012

Rabu, 21 November 2012

Jumaat, 16 November 2012

~olahragawati & olahragawati harapan~

hola....

sukan skolah dh lama dh lepas ms 06 Oktober 2012 hr tu tp br skrg mao update status tentang sukan tu...bkn pe,gambor nak update ms tu xder hehehehehe

hr neyh sy nak story mory ckit pasal budak berdua neyh...

olahragawati : Shazana
Olahragawati harapan : Norsuhainy a.k.a Boceng

dorg berdua neyh atlit dr rumah Biru(rumah kitaorg la tu...sy, surianita, ckgu rasnan) c Shazana tu darjah 6, c Boceng plak darjah 3(budak kelas sy tu heheheh)...dorg berdua neyh mmg layak la dpt anugerah tu sbb ms latihan pon dorg komited n ms sukan tu,xyah cakap la...lau berlari mmg laju giler tp x la giler sgt hehehehe

hrp2 tahun dpn Boceng maintain dpt piala olahragawati ok...cikgu sayang kamu....




Khamis, 15 November 2012

~cita-cita :model (part 2)~

hahahaha...xder citer mao buat citer..meh layan gmbar ank buah sy c KHALISH DARWISY ney...

malam2 kua g bandar sbb nak makan KFC hehehehe

awish nk mkn pe ek???

aaammm...bukak mulut luas2...


hohoho...


nyum..nyum..nyum...


ibu nk makan coleslaw???ibu kan mengidamnk mkn neyh..


papa nk makan x???

hahahaha...tu la dia gelagat ank buah sy kat KFC


 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design