Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 6 Oktober 2013

Memandu Ketika hamil


Hari ini, tugas memandu kereta seolah-olah satu kemestian kepada semua wanita. Biarpun mengandung, wanita tetap memandu kereta kecuali ada pilihan lain iaitu suami yang memandu.

Kita sedia maklum, keadaan fizikal ibu hamil kadang kala menyebabkan ketidakselesaan semasa memandu. Namun tiada masalah bagi ibu hamil untuk memandu selagi dia mengelakkan risiko yang boleh membahayakan dirinya dan bayi dalam kandungan.

Mungkin tip berikut boleh dijadikan panduan kepada ibu hamil semasa memandu kereta.



Trimester pertama

Kebanyakan ibu mengalami morning sickness di awal kehamilan. Badan menjadi kurang bermaya, lesu, mudah sakit kepala, loya dan muntah. Jika tidak berdaya untuk memandu minta bantuan orang lain.

*Pastikan anda makan sebelum mula memandu. Perut yang kosong dan lapar memudahkan rasa mual

*Pastikan ada bekalan gula-gula berangin, buah atau chewing gum yang boleh mengurangkan rasa loya terutama dalam keadaan jalan sesak.

*Jangan lupa bekalan air minuman yang boleh melegakan rasa loya.

*Bagi ibu yang mudah muntah, sediakan beg plastik untuk saat kecemasan jika termuntah.

*Sekiranya tiba-tiba rasa mual dan hendak termuntah, segera perlahankan kereta dan berhenti di tempat yang selamat untuk melegakan diri seketika.

*Jika tiba-tiba keadaan anda makin teruk ketika memandu, jangan teruskan pemanduan. Hubungi suami atau kawan-kawan untuk datang membantu.



Trimester kedua

*Sekiranya bercadang memandu untuk jarak yang jauh, dapatkan pemeriksaan kesihatan daripada doktor terlebih dahulu. Sebaiknya jangan memandu bersendirian.

*Berhenti rehat sekiranya rasa sakit pada tulang belakang kerana duduk terlalu lama.

*Rasa ngilu atau kebas yang dialami di bahagian kaki boleh mengganggu pemanduan. Berhenti di tempat yang selamat dan berjalan seketika untuk menghilangkan penat.



Trimester ketiga

*Perut yang semakin besar membuatkan pemanduan semakin kurang selesa. Letak bantal kecil bagi memberi keselesaan di bahagian belakang pinggang.

*Elakkan perut terlalu rapat dengan stereng, selaraskan kedudukan anda tetapi pastikan kaki mencapai pedal minyak dan brek.

*Sekiranya mengalami kontraksi kecil, berhentikan kereta di tempat selamat. Turunkan tempat duduk agar dapat berbaring dan berehat seketika sehingga rasa kontraksi hilang. Jika tidak hilang, dapatkan bantuan orang lain untuk mengambil anda.

Sebaiknya apabila kandungan masuk tujuh bulan ke atas, ibu dinasihatkan tidak memandu kerana berisiko tinggi kepada diri sendiri dan bayi. Minta bantuan suami untuk menghantar anda ke tempat kerja.

0 000 yang rajin menaip:

Catat Ulasan

korang memang rajin menaip..terbaeekk..

 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design