Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 24 November 2013

Kerap membuang air kecil



ha...sepanjang mengandung nie mmg ini la aktiviti yg paling kerap sy wat...dok ulang alik tandas...search kat tenet,normal je rupanyer utk ibu mengandung...tp yg x bestnyer sbb air kecil nie pon leh mnyebabkan UTI..(ape dia UTI??baca la selanjutnyer kat bawah nie ek....) disebabkan UTI nie la sy terpaksa ditahan kat wad hr tu....ok la, mari kiter tambah ilmu tentang "kerap membuang air kecil" nie...


Mengapakah saya perlu kerap membuang air kecil semasa saya hamil?

Kerap membuang air kecil adalah ciri-ciri utama kehamilan. Ini biasa berlaku terutamanya dalam trimester pertama dan ketiga. Malah, ia merupakan salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan yang biasa. Ia adalah sebahagian daripada perubahan hormon yang berlaku dalam badan anda. 


Apabila bayi dalam kandungan anda semakin membesar, badan anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, tetapi pundi kencing anda pula semakin mengecut. Oleh itu, walaupun pundi kencing anda kosong, tekanan yang diterimanya akan membuatkan anda merasa seperti ia penuh. Anda akan mengalami perkara ini terutamanya pada hujung kehamilan apabila kepala bayi sudah turun dan bersedia untuk lahir. 



Anda juga mungkin mempunyai masalah mengosongkan pundi kencing, menyebabkan anda terpaksa pergi ke tandas berulang kali. 

Adakah apa-apa cara untuk mengurangkan berulang ke tandas?

Malangnya, tidak! Jangan cuba kurangkan jumlah air yang anda minum. Anda sepatutnya minum enam hingga lapan gelas minuman sehari, yang mana kebanyakannya sepatutnya adalah air. Pengurangan cecair boleh menyebabkan dehidrasi, dan anda perlu minum dengan banyak untuk membantu pengaliran nutrien kepada bayi anda. 


Anda boleh cuba minum hanya sedikit dalam masa satu atau dua jam sebelum tidur untuk mengurangkan berulang ke tandas pada waktu malam



Jika ini tidak berhasil, anda mungkin terpaksa bertahan sahaja untuk beberapa bulan lagi hingga bayi anda lahir. Anda boleh menganggapnya sebagai satu cara melatih diri untuk menghadapi cabaran selepas bayi anda lahir di mana anda mungkin tidak dapat tidur malam

Mungkinkah kerap membuang air menunjukkan apa-apa masalah?

Bincang dengan doktor anda jika:
  • Anda rasa sakit atau panas apabila membuang air.
  • Anda rasa hendak terkencing tetapi hanya beberapa titik sahaja yang keluar.
Anda mungkin menghidap jangkitan saluran kencing (UTI). Minum banyak air untuk mencairkan air kencing dan jumpalah doktor secepat mungkin. Anda mungkin memerlukan antibiotik untuk mengubati UTI. Jika tidak diubati, UTI boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang, yang mana boleh meningkatkan risiko anda sakit untuk bersalin terlalu awal

Bilakah saya akan berhenti membuang air terlalu kerap?

Masalah ini akan berkurangan tidak lama selepas bayi anda lahir. Dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, anda akan mengeluarkan lebih banyak air kencing, dan lebih kerap. Ketika ini, badan anda sedang membuang segala cecair tambahan yang terkandung dalam sistem darah anda semasa hamil. 


Selepas beberapa hari, keperluan untuk membuang air akan kembali seperti sebelum anda hamil. 



Sabtu, 23 November 2013

xtvt di awal cuti sekolah-wat lembaran kerja a-z

lorr...dh cuti sekolah ke??hehehehe
rasa macam tak cuti jek...sebabnyer....asyik dok terperap kat umah..nak berjalan2 rs malas hehehehe...incik suami je la yg selalu ulang alik kgnyer untuk mengerjakan kebun yang dh lama x diusik...cian incik suami...dh upah org utk jaga kebun tu tp mcm x djaga jek...sawit byk kna mkn ngan haiwan ekor pndek...getah yg kat tepi sungai pon dh x nmpak pokoknyer sbb dah sama tinggi ngan semak samun n lalang...tu yg incik suami lik utk mesin rumput,meracun n membaja....saya??cam biasa la..incik suami suruh dok umah..jg kesihatan..jg baby lam perut nie hehehehehe

dok terperap kat umah,apa lagi...dok bertenet la kejenyer..tp lau asyik btenet pon rs boring gak...last2 sy pon cube la utk rajin2kan diri sikit utk buat beberapa bahan bantu mengajar utk tahun depan....

wat yg simple2 jek
hahahaha...nampak berterabur ckit kan..biasa la...sy bdk br belajar hahahahaha.....lum siap lg tu....nak wat bbm nie kna ader mood kan....


Selasa, 19 November 2013

cara2 boleh bersalin secara normal



Cara ini bagi ibu-ibu yang disahkan boleh bersalin secara normal oleh doktor. Amalkan semasa mengandung anak pertama. 

1. Amalkan minum air kelapa semasa mengandung, lebih-lebih lagi bila di akhir kehamilan

2. Boleh gunakan teknik hypnobirthing sepanjang kehamilan. Berbual dengan bayi dan diri sendiri agar mudah melahirkan.

3. Dapatkan ketenangan fikiran semaksima yang mungkin di akhir kehamilan

4. Bagi suami, maafkan semua dosa isteri

5. Sibukkan diri dengan membuat kerja rumah.

6. Bersetubuh dengan suami lebih kerap di hujung kehamilan.

7. Banyakkan berjalan sehingga saat-saat terasa hendak bersalin, selagi mampu . Bila tak mampu duduk tepi katil dan bongkokkan badan ke depan. Pergerakan yang banyak menyebabkan kontraksi berlaku.

8. Baca ayat-ayat al-quran semasa terasa sakit hendak bersalin seperti ayat kursi. Paling mudah ucapkan subhanallah berulang-ulang.

9. Cuba untuk buang air kecil dengan kerap kerana pundi kencing yang tidak penuh akan memudahkan kepala bayi keluar.

10. Gunakan teknik meneran yang disarankan doktor. Salah satunya seperti di bawah :

1. Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
2. Angkat kepala, dagu cecah dada.
3. Mata pandang perut (digalakkan tutup mata)
4. Tangan pegang buku lali kaki
5. Masa teran jangan keluarkan suara.
6. Masa teran jangan angkat punggung.
7. Baca bismillah atau apa-apa doa yang terlintas difikiran.
8. Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan teran (bayangkan kita nak beri oksigen pada baby) .

Semoga kelahiran berjalan dengan lancar, tahap kesakitan dalam kawalan dan tempoh kesakitan tidak terlalu panjang.


sumber dari https://www.facebook.com/senanghamil

Isnin, 18 November 2013

masuk wad lagi


071113 Khamis
pagi tu g klinik sbb rs x larat...cek ngan dokt, dokt suruh admit ke ABC( Alternative Birthing Center ) sbb kna wat urine test n nurse nak cek kontraksi. g ABC tu nurse cek, yup...mmg ader kontraksi.. 1:10:15 sec...tp sy ckp ngan nurse xnak msuk wad sbb ptg tu sy kna g lipis sbb sok ader exam...nak taknak terpaksa la nurse lepaskan. nurse ckp,lau terasa sakit terus g mane2 klinik or hospital bdekatan...ok nurse.....petang tu sy ngan suami pon gerak la ke kuala lipis...

081113 Jumaat-101113 Ahad
kul 2 pagi dh terasa panas badan nie...rsnyer mcm demam jek...tp wat x tau je la terus smbung tdo...terjaga kul 5 pagi..rasa badan mcm makin panas..suami pon ckp,kna anta g emergency nie..takut ape2 jd kat baby nant bab perut pon asyik mengeras jek....g emergency Hospital kuala Lipis,terus dorg srh g cek kat wad bersalin. g masuk sane,cek suhu mmg sah sy demam..pastu nurse cek denyutan jantung baby n cek kontraksi..memang ader...masuk lak doktor..adoyaiiii doktor lelaki..x sukenyer sy...doktor cek,pastu dokt x bg sy g ambik exam sbb dokt ckp bahaya..doktor takut nant sy lahir baby pramatang sbb kesihatan sy dan memandangkan ader kontraksi...nak taknak terpaksa la masuk wad...sepanjang hari jumaat tu sy mmg tidur je la kejenyer sbb mmg rs x larat...hari sabtu br ok ckit...demam pon dh kurg tp doktor tetap x bg discaj lagi sbb dokt msh nak wat pemantauan...x kisah la,yg penting baby sihat...terima kasih kat incik suami yang sentiasa menemani saya dan memberi kata-kata semangat...cayunQ incik suami...
hari ahad tu lambat plak doktor melawat wad...mgkin byk kes kot...sy dh tak sabar rsnyer nak discaj hehehehehe lepas cek ngan doktor tu sy pon leh discaj...seronok rsnyer...
tapi saya memang puji la ngan nurse2 n doktor kat wad kenanga 5B Hospital Kuala Lipis....dorg memang terbaek..layanan yang mesra dan perkhidmatan yang terbaek...thanx ya...

shian kan...dtg lipis nak ambik exam,last2 x pat ambik exam tp kna tahan wad plak...nasib badan..mungkin ader hikmah disebaliknyer...

 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design