Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Khamis, 29 Oktober 2015

Macam Bagus sangat....


wachaaaaa..............
saya rasa nak terajang beliau seperti ini....

kata orang...cakap siang pandang-pandang...cakap malam dengar-dengar...
ini tak...main terjah jek...mulut sesuka ati jek nak berkata-kata....mulut kolam indah water....kolam indah water tu lagi bagus dr beliau kot...

kisahnyer begini........
perhimpunan pagi x jadi bab ader exam akhir tahun..so bebudak cume beratur di tempat beratur selasa-jumaat....beliau ni bagus sgt la bagi nasihat ke bebudak nie supaya jawab exam betul-betul jangan main-main sebab result akhir tahun ni akan dihantar ke PPD...
(bab yang ni saya setuju la...mmg bagus)
tapiiiii.....
kata-kata beliau yang seterusnya tu yang menyakitkan hati....
ermmm..nak citer ke tak...
malas la..lau citer mmg rsnyer org lain yang baca pon akn sakit ati sbb nampak mcm rasis sgt....
kang nampak plak perkaumannyer...
lau dah mmg ank murid beliau tu base be.....
xyah la nk dibandingkan ngan bangsa lain...cube lau saya wat pbandingan gitu gak...agak2 ko sakit aty x????
base be punyer beliau.....


Ahad, 25 Oktober 2015

Peranan Ibubapa-Katarak Kongenital

Para ibu bapa dan penjaga memainkan peranan yang sangat penting dalam diagnosis awal dan rawatan yang tepat untuk penyakit ini.

Segeralah membawa anak berjumpa doktor pakar mata sekiranya mengalami gejala seperti yang dinyatakan di atas. Penyakit katarak kongenital boleh dirawat dan tidak seharusnya dibiarkan sehingga menyebabkan pesakit menjadi buta.

Rawatan awal amat penting bagi membolehkan pesakit mempunyai keupayaan melihat yang baik dan jelas sepanjang pembesaran mereka dan apabila dewasa kelak. Budaya 'tunggu dulu' dan 'tidak apa' juga perlu dikikis dari masyarakat kita. Anak-anak kita berhak membesar dengan penuh keriangan dan keceriaan.

Oleh itu, janganlah kita sebagai ibu bapa membiarkan mereka membesar dalam dunia yang penuh kegelapan.

Salah Anggapan Masyarakat tentang Katarak Kongenital

Masyarakat kita biasanya mempunyai tanggapan yang salah mengenal penyakit katarak kongenital. Antaranya ialah:
  • Pembedahan katarak menyebabkan mata buta
  • Tunggu hingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu sebelum diberi rawatan atau pembedahan
  • Tiada rawatan yang khusus untuk merawat penyakit ini
Anggapan bahawa pembedahan katarak menyebabkan mata menjadi buta adalah salah sama sekali. Pembedahan katarak boleh mengembalikan penglihatan pesakit ke tahap yang lebih baik dan ia perlu dilakukan seawal selepas diagnosis dibuat.

Sekiranya pembedahan dibuat selepas pesakit menunjukkan tanda-tanda ambylopia, keupayaan melihat pesakit bukan lagi berada pada tahap yang maksimum.

Pesakit mungkin perlu menjalani rawatan lanjut bagi rnengatasi masalah amblyopia. Sikap menunggu sehingga kanak-kanak membesar terlebih dahulu juga perlu dihindari sebelum pesakit mencapai tahap amblyopia dan keupayaan melihat yang terhad ini akan berkekalan sepanjang mereka membesar sehingga dewasa. Keadaan ini akan menjadi lebih parah sekiranya pesakit turut tidak menjalani sebarang rawatan untuk masalah amblyopia.

Penyakit katarak kongenital kini boleh dirawat menggunakan cara rawatan dan teknologi moden. Anggapan bahawa tiada rawatan khusus untuk penyakit ini adalah amat tidak tepat. Rawatan ini disediakan oleh semua hospital kerajaan dan swasta yang mempunyai kepakaran dalam bidang oftalmologi di seluruh Malaysia.

Kaedah Rawatan Katarak Kongenital

Kanak-kanak yang mengalami gejala klinikal seperti yang dinyatakan perlu menjalani pemeriksaan yang menyeluruh oleh doktor pakar mata. Pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang serius pula mungkin perlu menjalani pembedahan.

Bagi pesakit yang mengalami gangguan penglihatan yang minimum pula, mereka perlu mendapatkan pemeriksaan pakar mata secara berkala bagi memastikan keupayaan penglihatan berada pada tahap yang memuaskan.

Pembedahan katarak perlu dilakukan pada peringkat awal bagi mengelakkan risiko pesakit menjadi buta. Kanta mata tiruan juga mungkin perlu dimasukkan ke dalam mata semasa pembedahan bagi menggantikan kanta mata asli yang telah bertukar menjadi keruh. Antara pilihan selain pembedahan ialah kanta sentuh atau cermin mata bagi menggantikan fungsi kanta mata asal.

Kanak-kanak yang telah menjalani pembedahan katarak juga akan memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pakar mata dari semasa ke semasa. Perkara ini penting bagi memastikan pesakit dapat melihat dengan baik selepas pembedahan.

Komplikasi Katarak Kongenital

Penglihatan kanak-kanak yang kabur ini sebenarnya mengganggu perkembangan otak. Umur sekitar empat bulan hingga dua tahun pertama sangat kritikal untuk perkembangan mata dan otak kanak-kanak.

Input visual yang dilihat akan dihantar ke otak bagi membolehkan kanak-kanak mengenali pelbagai jenis objek. Sekiranya proses ini terganggu, kanak-kanak itu tidak dapat mengenali objek yang dilihat kerana bahagian otak yang berperanan mengawal deria penglihatan tidak berkembang dan berfungsi dengan baik.

Fenomena ini juga dikenali sebagai amblyopia atau mata malas. Kanak-kanak dengan masalah ini hanya boleh mengenali objek yang besar dan ini akan mengganggu proses pembelajaran terutamanya kebolehan menulis dan membaca.

Tanda-tanda Katarak Kongenital

Penyakit katarak kongenital boleh dikesan seawal bulan pertama kelahiran. Antara tanda awal ialah anak mata hitam kelihatan berwama putih. Keadaan ini boleh berkekalan untuk satu tempoh masa yang lama atau menjadi lebih serius secara perlahan-lahan.

Keadaan ini menyebabkan penglihatan kanak-kanak berkenaan menjadi kabur dan terhad. Mereka juga sukar untuk mengenali objek yang kecil dan halus. Kanak-kanak dengan masalah ini menunjukkan gejala silau pada cahaya matahari dan perkembangan fizikal yang perlahan berbanding kanak-kanak normal yang lain.

Sekiranya mata kanak-kanak menjadi juling dan keadaan bola mata yang bergerak-gerak (nystagmus), ini menunjukkan penyakit katarak kongenital berada pada peningkat yang kritikal.

Punca Katarak Kongenital



Keadaan katarak kongenital yang berlaku pada satu mata sahaja merupakan kes jarang-jarang berlaku. Pesakit yang mengalami katarak kongenital pada satu mata sahaja biasanya turut mengalami kecacatan kongenital mata yang lain seperti keabnormalan struktur hadapan mata, keabnormalan struktur primer vitreous (gelemaca) dan satu keadaan dikenali sebagai lentikonus posterior.

Pesakit yang mengalami masalah katarak kongenital pada kedua-dua belah mata pula biasanya mempunyai sejarah keluarga penyakit katarak kongenital serta beberapa penyakit yang lain. Antaranya ialah kelahiran pramatang dan jangkitan kuman semasa dalam kandungan seperti rubella, syphilis, toxoplasmosis dan herpes.

Gangguan metabolik seperti hypoglisemia, hyperglysemia, hypokalsemia dan galaktosemia turut menyebabkan berlakunya penyakit katarak kongenital. Pesakit yang mengalami penyakit seperti sindrom Down, sindrom Edward dan sindrom Patau juga dilaporkan berisiko mendapat penyakit katarak kongenital.

Katarak Kongenital

Penyakit selaput mata pada kanak-kanak juga dikenali sebagai penyakit katarak kongenital dalam bahasa perubatan. Katarak kongenital ialah satu keadaan di mana kanta mata yang asalnya bersifat jernih dan lut cahaya telah bertukar menjadi keruh dan keadaan ini dikesan selepas kelahiran.

Kanta mata berfungsi untuk memfokus cahaya yang masuk ke dalam mata dan membentuk imej pada retina. Penyakit katarak menghalang cahaya masuk ke dalam mata dan menyebabkan imej yang kabur terhasil pada retina mata.

Penyakit ini boleh menjejaskan penglihatan pesakit dan boleh menyebabkan pesakit menjadi buta sekiranya tidak dirawat dari peringkat awal lagi. Katarak kongenital boleh berlaku pada satu mata sahaja ataupun melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki ataupun perempuan.

Mereka yang mempunyai sejarah keluarga penyakit ini juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mewarisinya. Katarak kongenital dilaporkan berlaku antara satu hingga enam kes dalam setiap 10,000 kelahiran di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun tidak terdapat data yang lengkap tentang insiden kes-kes katarak kongenital di negara lain di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan jumlah kes katarak kongenital mungkin dikesan dalam jumlah yang lebih tinggi di negara-negara sedang membangun.

Selasa, 15 September 2015

Dah 3 tahun dah...


3 tahun dah...
susah senang diharungi bersama...
banyak dugaan dan cabaran yang kami hadapi sepanjang 3 tahun ni....
setakat ni kami masih sabar dan tabah menghadapi semua dugaan, cabaran dan rintangan...

semoga pada masa akan datang kami akan bertambah kuat...
semoga berkekalan ke akhirnya..
mudah-mudahan...
amin....


Jumaat, 11 September 2015

Ujian dan Dugaan


kami diuji....

redha dengan ujian yang dihadapi...

semoga Nur Firzanah Iyazi kuat..

close fb



serabut...
tak best....
asyik ngadap hset....
buang masa......

senang citer...

close fb acc.....

habis citer.....

Khamis, 30 Julai 2015

get well soon


Rombakan Kabinet


kabinet dapur....
serabut...
mcm tongkang pecah...

di suatu petang yg damai...
ajak mak g kemas kabinet....
gilerrrr.....
mmg serabut giler...
byk benda tersembunyi kat ctu...

balik dari ngemas kabinet terus kena selsema...
esoknyer lak.....
demam+pening kepale+selsema=pakej lengkap



Isnin, 27 Julai 2015

astro owh astro


astro....
rasanyer bkn saya sorg jek bmasalah dgn astro ni...
hampir sume yg ader astro mest x puas aty ngan servis astro nie....
lambat byr sehari dah kena potong
bl dh bayar lak kna tgu 3 hari br dpt on smula..
dh la lau call astro tu pastikan kredit melebih rm10 okey..sbb dia sibuk dok bg kiter dgr music...

astro...astro....
bl la korg nk up ckit??????

Khamis, 23 Julai 2015

berjinak2 dgn fotografi

esaimen punyer pasal...bab tu la cube bljr2 snap gmbr gune dslr...
saya budak baru bljr, gambar pon biasa2 aje hehehehe






sakitnya tu di sini


what else can i say?????

sakitnya tuh di sini........

sabo je la.....

Rabu, 1 Julai 2015

Khamis, 25 Jun 2015

Rabu, 24 Jun 2015

hrmis owh hrmis


HRMIS owh HRMIS...
nape la pelik ngat HRMIS nie....

smlm blh jek log in...
tp hr ni...
log in jek...

ID pengguna anda tidak wujud di dalam profil pengguna

pening...pening...

Isnin, 22 Jun 2015

mati katak


eeeiiiiiiii....
geli tol la ngan katak...
tapi...
patung katak sy suker lak
(tu pon org hadiahkan hehehehe)

kisah katak bermula di dalam kelas pg td....
tgh nak ambik buku kat rak tetiba.....
eeiiiiiii.....
katak...mati katak dah katak tu....
dah kering dh.....
geli tol.....
ingatkan seekor tu je la...
sekali selak buku kat rak sebelah...
eeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......
lagi kembang tekak ni...
katak yg mati katak...
berulat lak tu...
busuk giler......

sib baik la ader bebudak yg jenis berani...
budak tu la yg buang katak tu gune kertas...
eeeiiiiiiiii....
hrp2 pasni xder dh katak yg mati katak lam almari...


Jumaat, 19 Jun 2015

menu peberet Lipis Plaza



menu peberet setiap kali check in kat
Hotel Lipis Plaza
Kuala Lipis.....

Nasi Goreng Kampung
Tomyam campur....

memang sedap n terbaeekkkk

keje owh keje...



keje owh keje....
bertimbun-timbun......
pening rasanyer nak wat sume tu....

Malas Nak Study



malas nak study untuk reseat paper EDU esok....
rasa nak jawab cam yg GB sy ckp tu
"jawapan nombor 1 : Jawapan seperti jawapan yang lepas"
hahahahahahhahahaha

x study pon xpe....
ilmu dh penuh di dada kan...
yakin boleh...
pasti boleh jawab sok...

saya boleh...
saya yakin dengan jawapan saya 
hehehehehhehe

Khamis, 28 Mei 2015

Soalan Bocor????



soalan bocor??????
kena 'reseat' paper?????
camner leh bocor????

hangin rasanyer..
tapi...
mungkin ader hikmah d sebaliknya...

begitulah nasib kami....
student ppg under ipgm...
kena reseat semula paper EDU
sebab...
soklan bocor...
ader lect yg tlh bocorkn soklan yg akn kuar....
cerdik sangat....
semester 8 dah pon...
semester akhir..
perlu ke soklan bocor????
adoyaiiii....

kerana nila setitik...
habis susu sebelanga....

tahniah....
dh boleh tempah jubah konvo...
hahahahahaahhahahahahahahahahahahahahah,,,,,.....


Khamis, 21 Mei 2015

Kebuzyan melanda


buzynyer.....
minggu yang sangat buzy....

buzy dgn latihan utk sukan tahunan sekolah...
nak melatih bebudak memang memerlukan anak tekak yang power...
budak2 ni lau dpt jek g padang, umpama...
"dunia aku yang punyer"...
aiyakkkk......
selain buzy dgn melatih bdak sukan,,,
kami buzy dengan pengurusannyer plak...
pengagihan murid mengikut kumpulan...
acara yang akn dpertandingkan...
jenis2 hadiah..
jumlah hadiah...
sesuai ke tak adiah tu...
nak cari hadiah...
nak balut hadiah...
borang penghakiman..
alatan utk bersukan...
banyak benda kena pk n kna buat....

buzy dengan persiapan hari guru...
sibuk dgn aktiviti hari guru..
pertandingan badminton d sebelah petang...
nak cari adiah utk btukar2 adiah...
penat dok mikir nak beli adiah ape....

tgh syok2 buzy dgn dua aktiviti di atas..
tetiba.,....
kena g berbengkel plak.....
terganggu sebentar jadual kami....
uisshhhh.......

buzy dengan persediaan untuk
menghadapi...

FINAL EXAM PPG....

berdebarnyer.......
buku n nota x baca langsung....
memang tgu last minit baru nak membelek buku....
aiyakkkkk/.........


Khamis, 7 Mei 2015

Exam Semester Akhir-Semester 8

 

yahoooooo........
exam datang lagi....
kali nie rs best sebab nie exam yang last utk PPG Sem 8....
harap2 lulus....

semester 8 ni hanya perlu jawab 2 paper jek.....
paper major n paper EDU....
dua2 paper ni waktu pagi x mcm sebelum ni..
paper major mest ktorg kna petang...
lambat lik....
kali ni dpt pagi mmg syok ar......

jadual exam semester 8
PPG ambilan Jun 2011
unit PSV 

Sabtu 23 Mei 2015
8.15-10.45 pg 
EDU3093-Guru dan Cabaran Semasa

Ahad 24 Mei 2015
8.15-10.45 pg
PSV3143-Seni dalam Pengurusan

good luck 4 Art Education Student....PSV1 dan PSV2 IPGKTAA PPG ambilan Jun 2011
caiyokkkkk



Detik Kelahiran Nur Firzanah Iyazi



26 Januari 2015

7.40 am

Hospital Jempol, N.S.D.K

Baby gegurl ni nak lahir memang mudah sangat proses kelahirannyer....dalam kul 2 pagi tu sy rs mcm nak buang air kecil, tp x sempat samp ke tndas lagi dh melimpah...dari jam 2-3 pagi tu 3x perkara yang sama terjadi..saya rs mcm x best jek...sy pon kejut suami ajk g klinik...sampai kat klinik Tembangau 1, suami call JM yg oncall...JM tu sruh suami terus anta ke Hospital Jempol je...hampeh..baik xyah oncall lau cmtu...

on the way nak ke Hospital Jempol tu mmg xde sebarang contractions pown...xde rs sakit...xde pon air kuar...rs mcm nak patah balik jek...tp suami x bg...better g hospt cek dl....

sampai kat hospital plak pas tukar baju pink, doktor scan...masa dokt scan tu mmg tgk air ketuban tu mcm dah sikit...lama gak doktor scan....ms doktor tgh scan tu la baru ader contractions...tp xder la sakit sgt pon...sakit ckit2 jek....nurse cek tgk bukaan dh 4cm...nurse byk bagi support kat sy ms tgh contractions tu..mmg nurse Hospital Jempol ms tu mmg patut dipuji..mmg terbaeekkkk layanannyer..first class la...

makin lama makin kerap plak sy rs sakit...x tau nk ckp sakit kat ner...kat perut ke,kat bwh ke, kat tulang blkg ke..ntah la....pastu nurse suruh tolak masuk ke bilik...sampai kat bilik tu sy rs sakit mcm nak buang air besar...dokt nak anta ke Hospt Kuala Pilah tp nurse ckp "ni x sempat usung strecher lam ambulans dah bsalin ni"...dan memang betul tekaan nurse tu....

sy baru jek masuk lam bilik bsalin tu tak sampai 5minit dah bersalin...suami pon x sempat nak tgk sy bsalin..mmg sekejap dan mudah sangat bersalin baby gegurl ni..syukur....dipermudahkan bersalin...

kakitangan wad bersalin Hospital Jempol pada masa sy nak bersalin tu patut diberi pujian sebab mjalankan tugas dengan sangat berdedikasi, ramah mesra dan mmg best la..thumbs up utk korg....


Isnin, 30 Mac 2015

2-3-4


mula2 dulu berdua....
kemudian bertiga.....
sekarang dah berempat.....
sayang semuanyer.....

Isnin, 23 Mac 2015

STRESSSSSS


semester akhir yang mmg stress giler babas.....

  • AR-stress tahap jalu luiw leiw-
  • Fail MQA-stress tahap paloh ki halau la podong-
  • Fail KV-stress tahap kaip paloh celah tikar-
  • Fail BIG-stress tahap hayam cha hubik-
  • Fail Intership(camner nak wat?saya cuti bersalin..kompom x g skola...adusshhhh)-stress tahap nok nok betol ma laklak-
  • Esaimen EDU-(esei n wat blog)
  • SEJ(berkaitan politik-saya x suka betol)

dapat baby gegurl...





Nur Firzanah Iyazi
26 Januari 2015
7.40 am
Hospital Jempol,Negeri Sembilan

Ahad, 22 Mac 2015

banyak habuk lor.....



wahhhhhh......
sudah berhabuk saya punyer blog.....
punyer la lama saya x update....
buzy sgt dgn program PPG ni.....
Buzy la sangat...
hahahahahahahha....

ok....
skrg masa untuk update blog.......

banyak perkembangan...
banyak story mory...
banyak yg nak dkongsikan...

tungguuuuu.......


 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design