Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 11 Disember 2011

~Seorang Maut, Sembilan Cedera Parah Nahas Di Bera~

BERA: Seorang pemuda maut manakala sembilan lagi cedera parah dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan dua kereta di simpang tiga berhampiran kilang sawit Tementi di sini Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bera DSP Mohd Zahid Mohd Noor berkata dalam insiden 8.30 pagi itu, Mohd Alif Abu, 19, meninggal dunia di tempat kejadian setelah Proton Satria yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dan bertembung kereta Nissan Pulsar di laluan bertentangan.

Beliau berkata tiga penumpang Proton Satria iaitu seorang wanita dan dua lelaki yang dipercayai anak peneroka dari Felda Triang 1, cedera parah manakala enam sekeluarga dari Kampung Orang Asli Bukit Rok, yang menaiki kereta Nissan Pulsar, turut mengalami nasib sama.

Ketika kejadian, Orang Asli berkenaan dipercayai dalam perjalanan dari arah Purun ke Kerayong bagi menghadiri sebuah program yang dirasmikan Anggota Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Mohd Zahid berkata semua mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

0 000 yang rajin menaip:

Catat Ulasan

korang memang rajin menaip..terbaeekk..

 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design