elo my frenz..

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Ahad, 11 Disember 2011

~Tragedi bantuan 1MDB~

BERA: Hasrat enam sekeluarga Orang Asli untuk mengambil bantuan Yayasan Pembangunan 1 Malaysia Berhad (1MDB) tidak kesampaian apabila mereka cedera parah selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke program itu, jam 8.30 pagi semalam.

Kemalangan yang membabitkan dua kereta di Kilometer 25, Jalan Simpang Kerayong- Purun-Kepayang, berdekatan Kilang Sawit Tementi itu turut menyebabkan seorang remaja berusia 19 tahun terbunuh, manakala tiga lagi kenalannya dalam kereta sama cedera parah.

Difahamkan, enam Orang Asli daripada Kampung Orang Asli Bukit Rok itu sepatutnya menerima bantuan berupa keperluan sekolah, hamper, barangan dapur dan wang tunai pada program berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mohd Zahid Mohd Noor berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Mohd Alif Abu, 19, dari Felda Triang Satu, manakala semua mangsa yang cedera parah, termasuk keluarga Orang Asli dan masih belum dikenali pasti identiti, masing-masing kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas).

“Kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Satria yang dinaiki Mohd Alif bersama tiga lagi penumpang dan kereta jenis Nissan Pulsar dinaiki enam sekeluarga Orang Asli berkenaan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Satria dari arah Kerayong menghala ke arah Purun, di sini, tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Nissan.

“Akibat kejadian itu, pemandu kereta Satria meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang wanita dan dua lelaki di bahagian penumpang kereta terbabit parah dan dihantar ke Hoshas.

“Kejadian itu juga menyebabkan pemandu dan semua penumpang kereta Nissan cedera parah dan dirawat di hospital sama,” katanya.

Mohd Zahid berkata, siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di jalan lurus dan permukaan jalan rata serta kering manakala cuaca juga baik, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Awam 1987.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera, di sini, bagi membantu siasatan,” katanya.

myMetro

1 ulasan:

korang memang rajin menaip..terbaeekk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...