Followers

Luv u

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 27 September 2011

~Enam Pelajar Orang Asli Terima Tawaran Ke Luar Negara ~


PUTRAJAYA: Seramai enam pelajar Orang Asli menjadi kumpulan pertama masyarakat itu ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara melalui kerjasama strategik antara Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Pelajar berkenaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 menerima surat tawaran itu daripada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada satu majlis di sini hari ini.
Mereka ialah Nur Fatima Emalin Nor Fadzil, Mohamad Sahibuzzaman Sulaiman, Barceloni Asli Chiu, Teo Jia Fuo, Farah Adibah Badarudin dan Mohd Nazrul Rahim.
Mereka akan mengikuti kelas persediaan tajaan Mara selama dua tahun di Kolej Mara sebelum dihantar melanjutkan pelajaran di pusat pengajian sama ada di Australia, New Zealand, India, Republik Czech dan Poland.
Mohd Shafie berkata asalnya tawaran itu diberikan kepada tujuh pelajar Orang Asli tetapi seorang daripada mereka menolak tawaran itu.
Tajaan itu sudahpun melebihi sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian iaitu seramai lima orang bagi tempoh 2010 hingga 2012, katanya kepada pemberita.
Malah beliau berkata kementerian bersedia memberi peluang kepada lebih banyak pelajar masyarakat itu yang memperoleh pencapaian cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan kerana yakin pendidikan dapat membantu masyarakat itu keluar daripada kepompong kemiskinan.
Kementerian juga mensasarkan penyertaan Orang Asli ke institusi pengajian tinggi dalam negara pada tahun ini adalah 112 orang, tahun 2011 seramai 117 orang dan pada 2012 diharapkan akan meningkat kepada 122 orang, katanya.
Sehingga bulan ini, katanya sejumlah 312 pelajar Orang Asli sedang menuntut di IPTA, di mana empat daripadanya adalah pelajar peringkat matrikulasi, 35 pelajar peringkat sijil, 118 pelajar peringkat diploma dan 155 lagi pelajar peringkat ijazah sarjana muda.
Sementara itu, Nur Fatima Emalin, 18, dari Kampung Bukit Rangin, Kuantan, Pahang berkata beliau dan keluarga amat terkejut dan berterima kasih kepada JHEOA dan Mara kerana memilihnya untuk menerima tajaan itu.
Mengambil kursus kejuruteraan kimia, beliau yang akan melanjutkan pelajaran ke Australia atau New Zealand berkata peluang itu akan digunakan sebaik mungkin supaya dapat menyumbang untuk menaikkan taraf masyarakat Orang Asli yang lain.
"Saya nak buktikan kepada semua bahawa Orang Asli juga boleh belajar ke peringkat lebih tinggi, boleh pergi ke luar negara dan boleh berjaya macam orang lain.
"Saya harap saya akan jadi contoh kepada semua kawan saya supaya mereka juga boleh berjaya macam saya," katanya yang mendapat keputusan 9A.
Mohamad Sahibuzzaman Sulaiman, 18, dari Kampung Bumiputra Dalam, Rengit, Batu Pahat, Johor berkata beliau dan keluarga berbangga kerana mendapat peluang menjejakkan kaki ke luar negara, lebih-lebih lagi apabila belum ada orang dari kampungnya pernah berbuat demikian.
"Cabaran yang paling besar adalah untuk menguasai bahasa Inggeris memandangkan ia merupakan bahasa pengantar di sana," katanya yang mengambil kursus perakaunan dan akan melanjutkan pelajaran ke Australia.
Mendapat 7A dalam peperiksaan SPM yang lalu, bekas penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon, Rengit ini berkata ibu bapa beliau juga memberi sokongan penuh untuk beliau meneruskan pelajaran.
Barceloni Asli Chiu, 18, dari Kampung Orang Asli Gedung Siam, Pahang berkata beliau akan cuba menimba pengalaman sebanyak mungkin semasa berada di negara orang sebelum pulang ke negara ini dan bekerja sebagai pendidik.
Beliau yang mengambil kursus kejuruteraan kimia dan akan melanjutkan pelajaran ke Australia atau New Zealand berkata kerjaya itu menjadi pilihan supaya beliau dapat membantu mendidik masyarakat orang Asli untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.-BERNAMA

2 000 yang rajin menaip:

  1. wah tumpang berbangga...yang saya paling suka nama budak dari gedung siam tu..tak hilang jati diri kita..

    BalasPadam
  2. betul tu cikgu mas..sy pown bkenaN dengan nama beliau....unik..tahniah la kat adk2 kiter nie...

    BalasPadam

korang memang rajin menaip..terbaeekk..

 

Key-Sah Are-Ku Ke??? Template by Ipietoon Cute Blog Design